mattzzx Publish time 21-3-2024 10:07 AM

Jangan pandang remeh Brazil - Pereira

https://assets.bharian.com.my/images/articles/brazi21324a_1710981748.jpg
Pemain Brazil berlatih menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang England di Stadium Wembley, London. – Foto X CBF Futebol

LONDON: Andreas Pereira memberi amaran kepada England supaya tidak memandang remeh Brazil selain mengingatkan siapa yang memenangi Piala Dunia paling terkini.

Brazil tidak menang dalam empat perlawanan, dengan prestasi merudum serta persiapan terganggu manakala ramai pemain bintang mereka tidak dapat diturunkan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley awal pagi Ahad ini.

Ia berlainan sekali dengan England kendalian Gareth Southgate yang semakin serasi dan sudah berganding selama bertahun-tahun.

"Kami tidak berasakan ada jurang yang besar," kata pemain tengah Fulham berusia 28 tahun itu.



"Kali terakhir Brazil menang kejohanan beberapa tahun lalu berbanding apabila England menang kejuaraan.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/brazi21324b_1710981751.jpg
Pemain tengah Brazil dan Fulham, Andreas Pereira melayan soalan wartawan ketika sidang akhbar bagi aksi persahabatan England menentang Brazil di Stadium Wembley. – Foto X CBF Futebol

"Kita boleh katakan ada jurang. Tetapi Brazil sering kali memiliki pemain berjiwa besar, pemain bintang dan pasukan berkualiti.

"Kami menghormati England, terutamanya jika anda bertanyakan kepada saya. Saya beraksi di sini di England dan saya amat bersyukur untuk bermain dalam Liga Perdana Inggeris.

"Kami tahu mereka mempunyai kualiti. Kami hormati mereka dan kami sedar ia satu perlawanan yang sukar tetapi sudah tentu kami bersedia dan tahu apa yang boleh kami lakukan."

Brazil memenangi Piala Dunia lima kali dengan yang terbaharu pada 2002.

England menjuarainya sekali pada 1966 dan kini menyasarkan untuk menjulang trofi Eropah yang pertama pada Euro 2024 di Jerman tahun ini. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1226111/jangan-pandang-remeh-brazil-pereira
Pages: [1]
View full version: Jangan pandang remeh Brazil - Pereira


ADVERTISEMENT