mattzzx Publish time 21-3-2024 10:04 AM

Neuer kempunan aksi Jerman

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FILES-FBL-EURO-2024-FRIENDLY-GER-NEUER_1710977131.jpg
NEUER alami kecederaan kaki kiri.

Berlin: Penjaga gol Jerman Manuel Neuer yang dipanggil semula terlepas aksi persahabatan negaranya menentang Perancis dan Belanda akibat kecederaan.

Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB) dalam kenyataannya semalam berkata, pemain berusia 37 tahun itu mengalami kecederaan otot kaki kiri ketika sesi latihan di Frankfurt kelmarin.

Neuer sepatutnya tampil semula di pentas antarabangsa menentang Perancis di Lyon Ahad ini selepas dipilih kali pertama dalam tempoh 15 bulan oleh jurulatih Julian Nagelsmann.

Tetapi dia kini terpaksa melupakan perlawanan itu dan juga aksi Jerman menentang Belanda di Frankfurt Selasa depan.


Neuer yang juga kapten Bayern Munich juga mungkin belum pasti beraksi pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Arsenal pada 9 April.

Kali terakhir dia beraksi untuk Jerman pada Disember 2022 di Piala Dunia di Qatar dan patah kaki selepas itu menyebabkannya tersisih hampir setahun daripada bola sepak.

Jurulatih Bayern Thomas Tuchel minggu lalu bangga dengan panggilan semula penjaga gol itu dalam skuad Jerman dengan menganggap Neuer berada 'dalam liganya sendiri'.

Pengurus Jerman Nagelsmann pula berkata keputusan belum dibuat sama ada Neuer atau penjaga gol Barcelona Marc-Andre ter Stegen akan menjadi nombor satu dalam pasukan menjelang Euro yang Jerman menjadi tuan rumah.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1072295/neuer-kempunan-aksi-jerman
Pages: [1]
View full version: Neuer kempunan aksi Jerman


ADVERTISEMENT