mattzzx Publish time 21-3-2024 10:03 AM

Panggilan England ubati duka Gomez

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/FBL-ENG-TRAINING_1710979195.jpg
GOMEZ ketika sesi latihan England St George's Park di Burton-on-Trent. FOTO AFP

Burton upon Trent, United Kingdom: Pertahanan Liverpool Joe Gomez berkata, kembalinya dia ke dalam skuad England kali pertama dalam tempoh tiga setengah tahun adalah pengubat duka selepas mengalami kecederaan yang menghantui dirinya.

Gomez tampil cemerlang di peringkat kelab musim ini dan kehadiran semula ke saingan antarabangsa tepat pada masanya menjelang Euro 2024.

Dia mengalami kecederaan tendon lutut ketika misi bersama England pada November 2020 dan tersisih lapan bulan selepas menjalani pembedahan.

"Tipulah jika saya kata tidak berdepan kesan psikologi," katanya ketika ditanya perasaan kembali ke tempat latihan yang sama menyaksikan dia mengalami kecederaan sebelum ini.


"Saya diusung ke dalam ambulan dari padang latihan ketika itu. Jadi hari ini sangat bermakna kepada saya. Ia seperti saya berjaya menamatkan derita saya lebih tiga tahun lalu.

"Semua orang alami kecederaan. Ia sebahagian daripada permainan tetapi ia datang mengejut, cara ia berlaku dan meninggalkan pasukan sangat sukar ditangani," katanya lagi.

Gomez dianggap pemain pilihan Gareth Southgate ketika awal kariernya apabila kerap beraksi dibawah kendalian pengurus England itu ketika dia melatih skuad B-21 Three Lions.

England menentang Brazil Ahad ini dan Belgium tiga hari kemudian di Wembley dalam aksi persahabatan sebagai persiapan menghadapi Euro.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1072297/panggilan-england-ubati-duka-gomez
Pages: [1]
View full version: Panggilan England ubati duka Gomez


ADVERTISEMENT