mattzzx Publish time 21-3-2024 10:00 AM

Perancis, AS buka tirai aksi Olimpik

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/OLYMPICS-2024-SOCCER__1710985831.jpg
GAYA Henry ketika sesi undian Sukan Olimpik di Paris. FOTO Reuters

Paris: Tuan rumah Perancis menentang Amerika Syarikat (AS) pada perlawanan pembukaan bola sepak Sukan Olimpik Paris 2024 selepas kedua-dua pasukan diundi dalam satu kumpulan awal pagi tadi.

Perlawanan berlangsung di Marseille pada 24 Julai, dua hari selepas upacara perasmian di Paris. New Zealand dan pemenang playof antara Guinea dan pasukan di tangga keempat saingan kelayakan Asia melengkapkan Kumpulan A.

Argentina yang meraih pingat emas pada 2004 dan 2008 diundi bersama Maghribi, Ukraine dan satu lagi pasukan Asia dalam Kumpulan B.

Juara dua kali Brazil tidak mengambil bahagian selepas gagal melayakkan diri ke temasya itu kali ni.



"Sukan Olimpik...ayah mengejutkan saya di tengah malam untuk melihat Carl Lewis berlari. Saya menangis ketika kami tidak layak," kata pemenang Piala Dunia 1998 Thierry Henry yang kini mengendalikan skuad B-23 Perancis yang akan beraksi di Olimpik.

"Kami gagal menjuarainya sejak 40 tahun lalu. Ia tidak mudah tapi akan mencuba apa sahaja."

Kali terakhir Perancis meraih emas acara bola sepak pada temasya 1984 di Los Angeles.

Skuad Henry bakal menentang AS dalam aksi persahabatan pada Isnin depan.

"Sasaran pertama kami untuk mara daripada peringkat kumpulan dan lihat apa yang berlaku di kumpulan lain," kata Henry.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1072315/perancis-buka-tirai-aksi-olimpik
Pages: [1]
View full version: Perancis, AS buka tirai aksi Olimpik


ADVERTISEMENT