sfhzuraz Publish time 21-3-2024 06:03 AM

Pemuda UMNO cadang tingkat hukuman penghina agama

Pemuda UMNO cadang tingkat hukuman penghina agama

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 20, 2024 @ 11:17pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/kmal20_1710947825.jpg
Dr Muhamad Akmal ketika ditemui media di Masjid Al-Amin Simpang Tiga, Sungai Acheh. - Foto BH/DANIAL SAAD



NIBONG TEBAL: Pemuda UMNO akan mencadangkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti untuk membawa usul meningkatkan hukuman terhadap individu yang menghina agama untuk dibentangkan di Parlimen.
Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata hukuman lebih keras sebagai pengajaran supaya pihak tertentu tidak bermain dengan isu sensitif.
Beliau berkata, kes menghina agama disiasat mengikut Seskyen 298 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum penjara lima tahun.
"Saya akan cadangkan kepada MKT supaya dapat minta Ahli Parlimen kita bawa usul untuk mengetatkan dan beratkan lagi hukuman kerana hukuman penjara tidak cukup.
"Mungkin ia boleh ditambah dengan hukuman sebat selain penjara atau denda supaya boleh bagi pengajaran kepada mana-mana pihak jangan bermain dengan isu sensitif dalam negara kita.
"Jika nak jaga keharmonian antara kaum, kena faham bagaimana nak jaga sensitiviti antara kaum," katanya ketika diminta mengulas gesaan ramai pihak yang meminta beliau tidak terlalu lantang mengeluarkan kenyataan berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.
Terdahulu Muhamad Akmal ditemui pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi di Masjid Al Amin Simpang Tiga, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhamad Akmal berkata, UMNO tidak pernah menghalang tindakannya bahkan memaklumkan turut mendapat sokongan daripada MKT.
"Jadi, apa saya telah lakukan ini bukan soal politik untuk dapatkan 'mileage' (kelebihan) yang saya tegaskan banyak kali tetapi soal bagaimana seorang muslim ada tanggungjawab untuk bela agama dari dihina," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada kelantangan beliau mengeruhkan hubungan di antara gabungan Kerajaan Perpaduan, Muhammad Akmal menegaskan ketegangan itu timbul bukan disebabkan beliau.
Pemuda UMNO cadang tingkat hukuman penghina agama (bharian.com.my)




Pages: [1]
View full version: Pemuda UMNO cadang tingkat hukuman penghina agama


ADVERTISEMENT