CARI-HBZ Publish time 20-3-2024 11:59 PM

“Belum Sampai Masa Saya Cerita..” – Shuk Sahar Ingin Jaga Privasi, Tidak Mahu Hebahkan Sudah Bernikah November Lepas

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/20/235938mvdyriptzdpwf6pu.png





Serik menceritakan hal peribadi kepada umum, pelawak dan pengacara Shuk Sahar mendedahkan ada sebab dirinya tidak mengumumkan perkahwinannya pada November tahun lalu.


Kata Shuk, dia hanya ingin berita tersebut diketahui oleh keluarga terdekat sahaja dan rancang mengumumkan berita itu kepada umum bila tiba masa yang sesuai. Tambah pelawak ini, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkara tersebut namun menurutnya ia belum tiba masa untuk berkongsi cerita sepenuhnya.


"Sejujurnya, apa yang dikeluarkan mengenai perkahwinan saya adalah betul. Saya sudah berkahwin pada November tahun lalu."   


"Tetapi, akan ada satu masa saya akan maklumkan mengenai perkara ini. Bukanlah saya berahsia mengenai perkahwinan ini sebab keluarga malah rakan-rakan rapat pun tahun."   


"Cuma belum sampai masa untuk saya cerita mengenai hal ini dengan lebih terbuka."


https://www.instagram.com/p/C4pvi5yB0Gd/


Selain itu, ketika menghadiri sesi podcast bersama OKLETSGO.SG, Shuk berkata dia telah belajar dari pengalaman dahulu dan tidak ingin ia berulang kembali. Oleh itu, dia tidak mahu terlalu terbuka menceritakan hal peribadi di media sosial kerana bimbang disalah anggap oleh sesetengah pihak.


"Sebelum ini, saya selalu kongsi di media sosial dan terlampau terbuka sampaikan perkara tu backfire saya balik.   


"Kadang-kadang, orang akan ambil kenyataan yang saya keluarkan di media sosial dan mereka akan twist benda itu."


https://www.instagram.com/p/C2pV774RgV-/


Terdahulu, Shuk mengakui dirinya telah pun menamatkan zaman dudanya dengan isterinya, Fara Salleh pada bulan November setelah sah bercerai dengan bekas isteri, Rossa Sera pada 22 Mac 2023.


SUMBER : mStar/Beautifulnara

doubleA Publish time 21-3-2024 12:53 AM

Astagfirullah who cares? Whoareyusss

AreYou.69 Publish time 21-3-2024 03:25 AM

Semakla lembu kaki pendek ni

jojie Publish time 21-3-2024 04:07 AM

Hmm tidak perlu cerita sampai bila2..????

chocobozhere Publish time 21-3-2024 05:18 AM

Keszahhhh pulak orang...

chanthik Publish time 21-3-2024 05:20 AM

Ada jugak yang selera ya, rendahnya taste pun. Hormatilah diri sendiri sikit

laksmanabentan Publish time 21-3-2024 05:23 AM

Privacy??????

Ko popular sangat ker nokkssss???
Ko tu hot sangat ker nokkss???
Top model?
Top singer?
Top actor?
Top CEO?
Top DJ?
Top Announcer?
Top Presenter?

hahahhahahahahhaa.....
lawak laaa....

shernazz Publish time 21-3-2024 06:06 AM

Nikoh le patut di war war kan Bodo...
Pastu nak simpan privacy..simpan.la
Takde sape pung nak kesah

lolipopmanish Publish time 21-3-2024 06:36 AM

Yawnnnnnnnnnnnnnnnnnn

xAthenax Publish time 21-3-2024 07:34 AM

cerita apa?
perkhawinan terbaru ini? atau kisah skandal lampau?
not interested!
bulih buat 1 kelab dengan SY, AA dan seangkatan

Kakalongmu Publish time 21-3-2024 08:48 AM

Eh ko sapa ??? Jelak la. Tengok pun nak termuntah lagi nak show off. Shuh shuh pi sana alter perut tu dulu

cik_ingeniare Publish time 21-3-2024 09:03 AM

tak cerita pun takpela wehh.. netizen pun tak lupa cerita cerita lama

prettyuglybabe Publish time 21-3-2024 10:04 AM

dapat jugak pompuan mental kemaruk retis ni kawin dengan retis :lol:

TerataiMelur02 Publish time 21-3-2024 10:10 AM

Kau ingat kau fattah amin orang nak tau ke?

deebiz14 Publish time 21-3-2024 10:33 AM

Seharusnya lepas kawen ritu ko patut war2kan, lepas tu baru senyap diam kunci masuk closet bepeluh sama2 ngan binik saiko ko tu.

slyfynx Publish time 21-3-2024 10:35 AM

1. Nobody cares.
2. Hebahkan nikah tu wajib, xnk datangkan fitnah.
3. Skandal tu haram.

undukngadau Publish time 21-3-2024 10:40 AM

takyah citerrr.. semakkkk..

Tin_nenas Publish time 21-3-2024 10:40 AM

Sudah la Syuk. Dah tak laku tu, padan muka kau. Kami tak support retis yang rosak macam kau. Boikotttt selamanya

vanillaninja Publish time 21-3-2024 11:46 AM

Alhamdulillah, halal akhirnya. Tahniah Fara, chuols menang :lol:..;P

reen8601 Publish time 21-3-2024 02:47 PM

Baik kami tungggguuuuu :P
Pages: [1] 2
View full version: “Belum Sampai Masa Saya Cerita..” – Shuk Sahar Ingin Jaga Privasi, Tidak Mahu Hebahkan Sudah Bernikah November Lepas


ADVERTISEMENT