Vellfire Publish time 20-3-2024 09:30 PM

20 peserta hadiri sesi ceramah 'Travel Tales of Anak Sarawak'

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240320/sbw-ub200324-rj-pustaka.jpg

Kong (tengah) menunjukkan buku 'Bearing Witness' selepas sesi perkongsian di Pustaka Negeri Sarawak Sibu.
SIBU: Pustaka Negeri Sarawak Sibu telah menganjurkan sesi 'Sarawakian Talk' yang berjudul 'Travel Tales of Anak Sarawak' baru-baru ini, yang disertai 20 peserta daripada pelbagai latar belakang.
Ceramah disampaikan oleh seorang anak kelahiran Sibu, Kong Chek Yong yang juga penulis buku 'Bearing Witness' dan seorang jurufoto.
Pada sesi tersebut, beliau telah berkongsi pengalamannya menjelajah ke 182 negara dan wilayah termasuk Afghanistan, Syria dan Antartika.
Sejak 2002, beliau telah mendokumentasikan episod perjalanannya menjelajah negara-negara tersebut dari segi kehidupan dan kebudayaan, selain kisah-kisah hidup melalui fotografi yang diabadikan dalam bukunya itu.
Pada 2012, Kong memulakan jelajah satu setengah tahun ke Amerika Latin, Eropah dan Asia Tengah bagi memenuhi impiannya selama ini, sekali gus menjadi seorang pengembara fotografi sepenuh masa.
Beliau juga berharap dapat meneruskan pengambaran dengan menjelajah ke destinasi baharu dan merakamkan detik-detik menarik melalui lensa kameranya.Sementara itu, buku 'Bearing Witness' kini sudah boleh diperolehi di Pustaka Negeri Sarawak Sibu.
Buku ini juga boleh dibeli melalui Instagram @chekyongphoto dan Facebook 'Chek Yong - Travel Photography'.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/20/20-peserta-hadiri-sesi-ceramah-travel-tales-of-anak-sarawak
Pages: [1]
View full version: 20 peserta hadiri sesi ceramah 'Travel Tales of Anak Sarawak'


ADVERTISEMENT