Vellfire Publish time 20-3-2024 08:56 PM

Mangsa kebakaran Kampung Limpasong terima rumah baharu

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240320/lbg-ub200324-dm-bantuanrumahpaulus1.jpg

Paulus (enam kiri) menyerahkan kunci sebagai simbolik penyerahan Rumah Bantuan Ihsan Kebakaran kepada Zainun sambil disaksikan Firhan (lima kiri) dan Mary (tiga kanan) di Kampung Limpasong, Limbang hari ini.
LIMBANG: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) meluluskan pembinaan sebuah rumah di bawah Bantuan Ihsan Kebakaran bagi meringankan beban mangsa kebakaran di Kampung Limpasong dekat sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Dato Paulus Palu Gumbang berkata, bantuan rumah itu amat diperlukan mangsa kebakaran yang mengalami kehilangan harta benda dalam insiden tersebut.
Bantuan Rumah di bawah Bantuan Ihsan Kebakaran itu diserahkan kepada ibu tunggal empat anak Zainun Injan, 60-an, yang tinggal sehelai sepinggang dalam insiden kebakaran yang meranapkan rumahnya pada 2021.
“JPBNS telah meluluskan pembinaan sebuah rumah yang kita serahkan kepada mangsa kebakaran pada hari ini.
"Kita berterima kasih kepada JPBD dan JPBB yang telah mengemukakan permohonan kepada JPBNS untuk meluluskan pembinaan sebuah rumah bagi membantu mangsakebakaran yang berlaku pada 2021,” katanya ketika ditemui media pada Program Simbolik Penyerahan Rumah Bantuan Ihsan Kebakaran di KampungLimpasong di sini, hari ini.
Turut hadir ialah isteri Paulus Datin Mary Sindang dan wakil Pegawai Daerah Limbang Muhamad Firhan Iskandar Goh.
Paulus berkata lagi, dengan adanya rumah baharu itu ia akan memberi keselesaan kepada Zainun dan anak-anak.
Sebelum ini katanya, Zainun menetap sementara di rumah salah seorang anaknya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/20/mangsa-kebakaran-kampung-limpasong-terima-rumah-baharu
Pages: [1]
View full version: Mangsa kebakaran Kampung Limpasong terima rumah baharu


ADVERTISEMENT