Vellfire Publish time 20-3-2024 08:51 PM

Bomba Lawas berjaya padam kebakaran berulang di Kampung Banting

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240320/lbg-ub-200324-dm-bantingterbakarlagi-p1.jpg

Anggota BBP Lawas memadam kebakaran tanah gambut di Kampung Banting, Jalan Kuala Lawas pada Selasa.
LAWAS: Kes kebakaran yang disifatkan ‘ngeri’ bagi anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas di Kampung Banting, Jalan Kuala Lawas kembali berulang apabila kawasan seluas enam ekar terbakar pada Selasa.
Ketua BBP Lawas Azman Ibrahim berkata, sepasukan anggota dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 3.44 petang.
Jelasnya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati benar berlaku kebakaran di lokasi dan tempat yang sama bulan lepas.
“Anggaran keluasan kebakaran adalah enam ekar dan kebakaran telah berjaya dikawal pada jam 4.30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, operasi pemadaman selesai dijalankan setelah memastikan keadaan di lokasi selamat.
Kes kebakaran tanah gambut di Kampung Banting merupakan kes kebakaran ‘mengerikan’ bagi BBP Lawas kerana operasi pemadamannya mengambil masa berminggu-minggu sejakFebruari lalu yang menyaksikan kemusnahan kawasan seluas lebih 30 hektar.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/20/bomba-lawas-berjaya-padam-kebakaran-berulang-di-kampung-banting
Pages: [1]
View full version: Bomba Lawas berjaya padam kebakaran berulang di Kampung Banting


ADVERTISEMENT