Vellfire Publish time 20-3-2024 08:50 PM

Bomba terus giat tangani kebakaran tanah gambut dan belukar di Bekenu

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240320/myy-ub-200324-ai-kebakarantanahgambutbelukarbekenu-p1.jpeg

Anggota bomba berusaha memadamkan api yang memusnahkan kawasan tanah gambut dan belukar di Kelulit, Bekenu yang masuk hari keempat pada Selasa.
MIRI: Operasi pemadaman kebakaran tanah gambut dan belukar di ladang kelapa sawit di Kelulit, Bekenu, dekat sini yang memasuki hari keempat pada Selasa dimulakan seawal jam 8.53 pagi.
Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah ditugaskan bagi menjalankan operasi pemadaman berkenaan yang jaraknya 21 kilometer dari balai.
“Ini merupakan kebakaran berulang kawasan tanah gambut dan belukar yang masuk hari keempat.
“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran satu 'breaching' 700 kaki dua nozel dan satu pam angkut untuk mengambil air dari sumber terbuka iaitu air parit.
“Pasukan bomba kemudiannya membuat ‘fire break’ atau persempadanan supaya kawasan kebakaran tidak merebak ke kawasan kebun sawit,” katanya dalam kenyataan media di sini.
Awangku Mohd Hazmin memberitahu, operasi pemadaman terpaksa ditangguhkan pada jam 5.30 petang atas faktor keselamatan pasukan.
“Operasi akan disambung semula pada Rabu dan setelah memastikan anggota dan peralatan dalam keadaan selamat, pasukan kemudiannya bertolak balik ke balai,” ujarnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/20/bomba-terus-giat-tangani-kebakaran-tanah-gambut-dan-belukar-di-bekenu
Pages: [1]
View full version: Bomba terus giat tangani kebakaran tanah gambut dan belukar di Bekenu


ADVERTISEMENT