Vellfire Publish time 20-3-2024 08:47 PM

62 hektar kawasan belukar terbakar di Senadin

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240320/myy-ub-200324-ai-kebakaranbelukarsenadin-p1.jpeg

Tiada akses ke lokasi dan terlalu berisiko, menyukarkan operasi pasukan bomba untuk memadamkan kebakaran belukar di Senadin.
MIRI: Kawasan belukar yang dianggarkan seluas 62 hektar musnah terbakar di Senadin pada Selasa.
Ketua Bahagian Penyiasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran terbabit kira-kira jam 5.30 petang.
“Sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lutong bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya 11 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan kecemasan berkenaan.
“Setibanya di lokasi didapati kebakaran melibatkan kawasan belukar dianggarkan berkeluasan 62 hektar dan api pada ketika itu sedang marak membakar kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Awangku Mohd Hazmin berkata selepas pemeriksaan dan penilaian dibuat mendapati kawasan yang terbakar itu tidak mempunyai akses jalan untuk membolehkan jentera bomba mendekatinya.
“Anggota bomba membuat pemantauan di sekitar lokasi kerana kawasan tersebut tiada akses dan terlalu berisiko untuk membuat pemadaman secara ofensif.
“Setelah memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan kira-kira jam 6.50 petang dan bomba akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/20/62-hektar-kawasan-belukar-terbakar-di-senadin
Pages: [1]
View full version: 62 hektar kawasan belukar terbakar di Senadin


ADVERTISEMENT