Vellfire Publish time 20-3-2024 08:46 PM

SFC lancar operasi tangkap buaya di sepanjang Sungai Sarawak

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240320/kch-ub200324-hh-boyak-p1.jpg

SFC menyediakan umpan bagi menjerat buaya di kawasan sungai berhampiran Kampung Tupong. - Gambar Facebook SFC
KUCHING: Sarawak Forestry Corporation (SFC) melaksanakan operasi menangkap buaya di sepanjang Sungai Sarawak (Zon Nyah Buaya) bermula 14 Mac sehingga 27 Mac 2024 ini.
SFC dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Selasa berkata, usaha ini dilaksanakan susulan aduan orang awam mengenai kemunculan buaya di kawasan-kawasan tersebut.
Menurutnya, operasi buaya ini membabitkan kawasan sungai-sungai berhampiran Kampung Bintawa, Kampung Pulo, Kampung Semarang, Petanak, Padungan, Kampung Panglima Seman, Kampung Sinjan, Kampung Tupong, Kampung Ajibah Abol, Kampung Patingan dan Kampung Kudei.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240320/kch-ub200324-hh-boyak-p2.jpg
Anggota SFC menyediakan peralatan untuk operasi buaya di kawasan sungai berhampiran Jalan Petanak. - Gambar Facebook SFC
Jelas SFC, sejumlah enam orang anggota Penguatkuasaan dan Perlindungan SFC dari Pejabat Wilayah Kuching terlibat dengan misi menjejaki serta menangkap buaya bagi mengurangkan populasi buaya sepanjang sungai itu.
“Kaedah seperti pemasangan pancing dan penggunaan senjata api digunakan sepanjang operasi berjalan.
”Setakat ini, tiada buaya yang dikesan dan operasi tersebut akan terus dijalankan dari semasa ke semasa,” kata SFC.
SFC dalam pada itu, memohon agar penduduk kampung memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan operasi ini berjalan dengan jaya dan selamat.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/20/sfc-lancar-operasi-tangkap-buaya-di-sepanjang-sungai-sarawak
Pages: [1]
View full version: SFC lancar operasi tangkap buaya di sepanjang Sungai Sarawak


ADVERTISEMENT