Vellfire Publish time 20-3-2024 08:41 PM

Tiga cedera, kereta bertembung dengan pacuan empat roda

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240320/twu-ub20032024-hs-cederap1.jpg

CEDERA: Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.
KUNAK: Tiga individu cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kunak-Lahad Datu, di sini pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak Mohammad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.28 pagi.
Katanya, seramai lima anggota dan pegawai bersama dua buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati sebuah kereta telah bertembung dengan pacuan empat roda, sebelum terbakar di lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, semua individu yang berada di dalam kereta berkenaan berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Menurutnya, semua mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh petugas perubatan dan dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS.
“Pasukan bomba menjalankan operasi memadam api di kereta mangsa dan memastikan lokasi kejadian selamat untuk orang ramai.
“Setakat ini belum ada lagi maklumat mengenai semua mangsa yang terlibat dan maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/20/tiga-cedera-kereta-bertembung-dengan-pacuan-empat-roda
Pages: [1]
View full version: Tiga cedera, kereta bertembung dengan pacuan empat roda


ADVERTISEMENT