Vellfire Publish time 20-3-2024 08:37 PM

Pegawai penguat kuasa ditahan terima rasuah secara bulanan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240320/img1281.jpeg

S.KARUNANITHY
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pegawai penguat kuasa selepasmenerima wang rasuah secara bulanan sebanyak RM500.
Menurut sumber, jumlah keseluruhan wang yang diterima sebanyak RM4000 daripada pihak syarikat pengurup wang berlesen itu adalah sebagai balasan melindungi perniagaan syarikat.
“Suspek lelaki berumur 40-an itu dipercayai menerima wang rasuah daripada seorang individu secara pindahan wang sebanyak RM500 bagi setiap transaksi dari 2020 sehingga 2021.
“Suspek ditahan kira-kira jam 9 pagi tadi ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Sabah,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S.Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah untuk pertuduhan pagi esok,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/20/pegawai-penguat-kuasa-ditahan-terima-rasuah-secara-bulanan
Pages: [1]
View full version: Pegawai penguat kuasa ditahan terima rasuah secara bulanan


ADVERTISEMENT