Vellfire Publish time 20-3-2024 08:25 PM

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/20/juhar-terima-kunjungan-hormat-speaker-dun-sabah

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240320/twu-ub20032024-hs-pgap1.jpg

TUGAS: Pegawai dan anggota PGA yang bertugas berganti-ganti berbuka puasa di sempadan negara.
TAWAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau akan memastikan tugas rondaan di kawasan sempadan negara terus dilakukan sepanjang bulan Ramadan bagi memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Datuk Abdul Rani Alias berkata, tugas rondaan berada tidak sampai satu kilometer dari sempadan negara jiran di Pulau Sebatik.
Katanya, tugas meronda di kawasan sempadan negara di Pulau Sebatik tetap diteruskan seperti kebiasaannya walaupun pada bulan Ramadan.
“Pasukan Batalion 14 PGA akan melakukan rondaan secara berjalan kaki di daratan dan menggunakan bot di sepanjang perairan negara.
“Tugasan ini tidak boleh berhenti dan perlu dilakukan setiap hari bagi membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya penyeludupan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan di Pos Keselamatan PGA di Sungai Melayu, Pulau Sebatik, baru-baru ini.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240320/twu-ub20032024-hs-pgap2.jpg
LAWAT: Abdul Rani ketika membuat lawatan ke Pos Keselamatan PGA di Sungai Melayu, Pulau Sebatik.
Menurutnya, ekoran kedudukan geografi Pulau Sebatik yang terbahagi kepada dua negara, penduduk dan peniaga dari negara jiran di pulau ini dilaporkan gemar membeli barangan dari Malaysia.
“Petani dan pekebun kecil di wilayah Indonesia dilaporkan turut menjual produk pertanian seperti pisang, kelapa sawit dan getah ke Malaysia kerana faktor kos penghantaran yang murah,” katanya.
Abdul Rani berkata, sepanjang bulan Ramadan, pegawai dan anggota yang bertugas hanya berbuka puasa dalam ala kadar sahaja.
“Mereka akan berbuka puasa dengan bekalan makanan yang diperuntukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti makanan catuan kering.
“Anggota yang bertugas berbuka puasa di kawasan sempadan negara dan berganti-ganti menjamah bekal berbuka puasa,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/20/pga-tawau-teruskan-tugas-rondaan-sepanjang-ramadan
Pages: [1]
View full version: https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/20/juhar-terima-kunjungan-hormat-speaker-dun-sabah


ADVERTISEMENT