CARI-HBZ Publish time 20-3-2024 05:51 PM

Wawa Zainal Tak Guna Misya Mazlan Untuk ‘Marketing’, Nak Bantu Supaya Dapat Banyak Lagi Tawaran Kerja

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/20/175025onlv9ldnyzy55x5d.png





Usahawan terkenal dan pelakon Wawa Zainal menekankan dia sama sekali tidak menumpang kontroversi madu kepada anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania.


Ketika ditemui OhBulan!, Wawa berkata perjanjian untuk mengambil Misya Mazlan sebagai wajah koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves sudah lama dibuat.


Kata Wawa, 32, tujuan utama dia memilih Misya hanya ingin membantu, bukan mahu mengambil kesempatan terhadap isu yang masih hangat diperkatakan di media sosial.


"Sebenarnya ia kebetulan.. kami sudah buat perjanjian dengan Misya sudah lama. Kami tidak menggunakan dia sebagai pemasaran. Tidak sama sekali!"


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202403/20/175142s88c21t7tkzq2cmp.png





"Dalam masa yang sama, kami memang nak bantu dia juga.. yang sebelah sana sudah banyak tawaran kerja."


Wawa berkata demikian ketika ditemui di Majlis Indahnya Ramadan bersama Wawa yang diadakan di Doplohtiga Space, pada Selasa. Wawa turut melancarkan dua produk basic skincare iaitu Cleansing Oil dan Moisturizer.


Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin menyatakan dia menginginkan Misya lebih menonjol supaya lebih banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa akan datang.


"Kami nak dia lebih menonjol juga supaya lebih banyak tawaran selepas ini."


Sementara itu, suami kepada Wawa iaitu Aeril Zafrel turut menjawab soalan ‘mengambil orang yang teraniaya’ dalam produk mereka.


"Untuk lakukan promosi setiap bulan memang akan ada artis dan pempengaruh yang bantu."


"Tapi kami tengok pempengaruh yang sedang jadi perhatian juga waktu sekarang ini. Kami pun tak menggunakan kes dia untuk menaikkan barang kami."


"Mengambil orang teraniaya, kami tak tahu dia dianiaya atau tidak. Mana tahu dia pun bahagia saja."


Terdahulu, Wawa Zainal memilih isteri pertama Aslam sebagai wajah untuk koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves selama tiga bulan.


Sumber : OhBulan

NuansaBiru Publish time 20-3-2024 06:23 PM

Makin sedap si aslam jate tak guna tu
Bini-bini job lebat kiri kanan dpt offer

kerani_je Publish time 20-3-2024 06:26 PM

Binik binik laku keras jadi model time2 raya ni..tak menang tangan binik..Selam sedap la culas bab nafkah pun takpe sbb bini2 sibuk mencukupkan keperluan..Si selam bawak grab berape sen sgt sebulan income..lagi2 orang ramai duk boikot grab tu..

noor2 Publish time 20-3-2024 06:28 PM

Cantik budak misya ni bila berdiri dgn wawa...

dua_chzy Publish time 20-3-2024 06:55 PM

Dah rejeki Aslam. Jantan lain mesti jeles nengok. Har.

sakitperut Publish time 20-3-2024 08:03 PM

Comel Misya ni

Shayang Publish time 20-3-2024 08:14 PM

Ponder2 semua bg alasan gitu
Satgi kes lain plak meletop bini org lain plak jd model

Belibis Publish time 20-3-2024 08:19 PM

Ambik ler bella sekali..dah alang2 kawan tu pun tengah meletop jugak.

likilu Publish time 20-3-2024 11:15 PM

Mak pak dia bg ilmu agama sampai ke mesir

DeLuna85 Publish time 20-3-2024 11:35 PM

Tak cantik pun misha ni. Betul ka aslam bawak grab?

hyie Publish time 20-3-2024 11:41 PM

alahai memang untuk marketing pun :lol: in denial sangat lah

ninajaybee Publish time 21-3-2024 01:43 AM

likilu replied at 20-3-2024 11:15 PM
Mak pak dia bg ilmu agama sampai ke mesir

Hah? Takat kursus apa entah jangkamasa pendek je kan?

ninajaybee Publish time 21-3-2024 01:43 AM

DeLuna85 replied at 20-3-2024 11:35 PM
Tak cantik pun misha ni. Betul ka aslam bawak grab?

Memang xcantik pun. Dpt jobs semua sbb kena sondol.

DeLuna85 Publish time 22-3-2024 01:06 AM

ninajaybee replied at 21-3-2024 01:43 AM
Memang xcantik pun. Dpt jobs semua sbb kena sondol.

Sebab tu terima je kena madu. Boleh tumpang glemer sebentar.

Mimo.mimo Publish time 22-3-2024 01:23 AM

DeLuna85 replied at 20-3-2024 11:35 PM
Tak cantik pun misha ni. Betul ka aslam bawak grab?

Muka dia biasaaa je kan. Huhu

DeLuna85 Publish time 22-3-2024 01:31 AM

Mimo.mimo replied at 22-3-2024 01:23 AM
Muka dia biasaaa je kan. Huhu

Ya biasa. Yang kata lagi cantik dari marisa tu ntah jujur ke tidak.

AWEKSAMURAI Publish time 22-3-2024 02:37 AM

Sebenarnya perguna jugak ..tunggang gosip umahtangga org jugak

Binodino Publish time 22-3-2024 03:58 AM

Alahai, mengaku jela memang kau pun ride on this issue. Malu2in pulak dia. Tu semua MO ponder produk kat malaysia ni la. Dorang tau netizen mudah sebak, sayu, Allah shayang dengan drama2 wanita dicurangi & didebiki.

Kalau betul nak bantu, kenapa tak bantu acik2 yang senasib dengan misya bahkan lebih teruk diuji? Sebab dorang tak viral walaupun cantik kan? Kalau takde isu viral macam mana nak promote produk, iye dok?{:1_535:}

MatDeghem Publish time 22-3-2024 07:20 AM

Penunggang.

#TunggangOrangTeraniaya


:lol:

tagas Publish time 22-3-2024 10:56 AM

dua_chzy replied at 20-3-2024 06:55 PM
Dah rejeki Aslam. Jantan lain mesti jeles nengok. Har.
Kann

Rezki sbb ensem n pandai sembang

Cuba kalo muka pecah rumah

Senang2 kena cerai dgn bini2 :lol:


Pages: [1] 2
View full version: Wawa Zainal Tak Guna Misya Mazlan Untuk ‘Marketing’, Nak Bantu Supaya Dapat Banyak Lagi Tawaran Kerja


ADVERTISEMENT