mattzzx Publish time 20-3-2024 04:32 PM

52 kenderaan lusuh disita MPSPK terbakar

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-20-at-3.02.09-PM.jpeg
Anggota bomba memadamkan kebakaran di depot pengumpulan MPSPK di Taman Batik, Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Kira-kira 52 kenderaan lusuh yang disita di depot pengumpulan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) di Taman Batik, di sini terbakar dalam kejadian pada pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba I Ismail Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.58 pagi tadi.

Katanya, seramai 24 anggota bomba dari BBP Amanjaya dan BBP Sungai Petani bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pihak kami mendapati kebakaran melibatkan kereta-kereta lama yang disita oleh pihak MPSPK. Berdasarkan maklumat, kita anggarkan sebanyak 52 kenderaan termasuk rangka kenderaan pelbagai jenis terbakar dalam kebakaran itu,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kebakaran dapat dikawal pada pukul 11.51 pagi tadi.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/20/52-kenderaan-lusuh-disita-mpspk-terbakar/
Pages: [1]
View full version: 52 kenderaan lusuh disita MPSPK terbakar


ADVERTISEMENT