mattzzx Publish time 20-3-2024 04:31 PM

Lelaki mengaku tak salah dakwaan suruh budak 6 tahun gigit kemaluan

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1710915897_1710919480.jpg
Hafiz Aznan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal membabitkan kanak-kanak berusia enam tahun Ogos tahun lalu. - NSTP/AMINAH YUSOF

BALIK PULAU: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan kes amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan pada Ogos tahun lalu.

Mohamad Hafiz Aznan, 30, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim, Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit didakwa menyuruh kanak-kanak berkenaan yang ketika itu berusia enam tahun menggigit kemaluannya.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah pondok pengawal di Taman Saujana Damai di Bayan Lepas pada 25 Ogos 2023, kira-kira jam 6.20 petang.



Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, Jin Hong tidak menawarkan sebarang kadar jaminan terhadap tertuduh memandangkan kesalahan terbabit tidak boleh dijamin.

Mahkamah menetapkan 6 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/03/1225854/lelaki-mengaku-tak-salah-dakwaan-suruh-budak-6-tahun-gigit-kemaluan
Pages: [1]
View full version: Lelaki mengaku tak salah dakwaan suruh budak 6 tahun gigit kemaluan


ADVERTISEMENT