mattzzx Publish time 20-3-2024 02:41 PM

'Masa yang tepat untuk bersara'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mk_1710915029.jpg
MIKE impi jadi jurulatih kebangsaan.

Kuala Lumpur: Jaguh bina badan negara, Datuk Syarul Azman Mahen Abdullah berkata sudah tiba masanya untuk beliau mengumumkan persaraan ketika berada pada kemuncak kariernya.

Jelas atlet berusia 51 tahun itu, meskipun masih mempunyai keupayaan bertanding di pentas tertinggi, namun dia lebih memilih untuk bersara sekali gus mencari peluang membina karier sebagai jurulatih pula.

"Saya sudah lama fikirkan perkara ini (persaraan) selepas lebih dua dekad dalam sukan bina badan. Sudah tiba masanya untuk saya beri sumbangan kepada orang lain dan mencari atlet baru lebih berbakat.

"Takkan saya seorang saja bertanding sampai bila-bila. Saya nampak ada dua tiga pelapis yang dikenal pasti mampu menggantikan tempat saya.



"Sebab itulah saya berharap ada peluang untuk saya menjadi jurulatih kebangsaan mengambil kira pengalaman luas yang ada pada diri saya di pentas antarabangsa.

"Saya juga fikir sekarang masa sesuai untuk bersara kerana saya tak mahu bersara ketika tidak berada di tahap terbaik," katanya ketika dihubungi.

Syarul yang lebih dikenali sebagai Mike Mahen berkata, segala perancangannya akan dimaklumkan pada sidang media yang berlangsung Jumaat ini.

Sepanjang 26 tahun pembabitannya dalam sukan bina badan, Syarul sudah memenangi hampir kesemua gelaran termasuk muncul juara dunia sebanyak enam kali dengan kali terakhir di Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik 2023 di Wonju, Korea Selatan pada November tahun lalu.

Dia juga berjaya meraih gelaran juara Asia kali keenam di Nepal, September tahun lalu sekali gus dinobat selaku penerima anugerah Atlet Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022, Ogos tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2024/03/1072055/masa-yang-tepat-untuk-bersara
Pages: [1]
View full version: 'Masa yang tepat untuk bersara'


ADVERTISEMENT