sfhzuraz Publish time 20-3-2024 12:39 PM

Harga getah sekerap naik, pekebun anggap bonus menjelang Aidilfitri

Harga getah sekerap naik, pekebun anggap bonus menjelang Aidilfitri

OlehADILA SHARINNI WAHID

20 Mac 2024 10:20am







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/20/2582583.jpg
Adnan menunjukkan hasil getah yang diperolehi.



KOTA BHARU - Kenaikan harga getah sekerap kepada RM4 sekilogram memberi kegembiraan kepada pekebun kecil di negeri ini dalam menjalani Ramadan sekali gus sebagai bonus untuk persiapan menjelang Aidilfitri.
Penoreh getah di Kuala Krai, Adnan Ibrahim, 69, berkata, kenaikan itu amat dinanti-nantikan dalam membantu meringankan bebanan menampung keperluan dan kos sara hidup yang dihadapi sekarang.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/20/2582585.jpg
Adnan menoreh getah di kebun di belakang rumahnya di Kuala Krai.





Menurutnya, hasil dan untung jualan getah oleh pekebun kecil sepertinya pula perlu dibahagikan kepada dua dengan tuan tanah kerana tidak mempunyai tanaman getah sendiri.
“Sekarang musim panas, susu getah pun kurang dan daun pokok getah juga baru hendak matang sebelum menghasilkan lebih banyak susu getah.


“Jadi, kenaikan ini sangat membantu dalam menambahkan pendapatan kami bagi menjalani ibadah puasa dan juga menyambut hari raya nanti,” katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.
Seorang ibu tunggal, Fauzianita Hashim, 43, pula berkata, kenaikan harga getah tersebut sangat membantunya kerana dia memerlukan perbelanjaan yang banyak bagi menyara tiga anak berusia 20, 17 dan 15 tahun.
Katanya yang berasal dari Gua Musang itu, anak-anaknya juga masih belajar dan memerlukan kelengkapan Aidilfitri yang baru bagi menyambut perayaan nanti.



“Baru-baru ini, duit sudah dibelanjakan untuk membeli kelengkapan sekolah dan sekarang nak berhari raya pula.
“Semasa musim tengkujuh lalu tak ada pendapatan kerana tidak dapat keluar menoreh getah tetapi mujurlah ada bantuan RM600, dapatlah membantu golongan penoreh getah dan kali ini menerima pula rezeki kenaikan harga getah ini,” ujarnya.
Seorang lagi penoreh getah, Nik Hamdi Mamat, 64, bagaimanapun berharap akan ada lagi kenaikan harga tanaman komoditi itu dalam tempoh terdekat tahun ini.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/20/2582584.jpg
Nik Hamdi






Menurut Nik Hamdi, harga RM4 tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan Thailand iaitu RM5 sekilogram.
“Seboleh-bolehnya penoreh mahu harga lantai getah pada RM4.50 sekilogram untuk lebih lega menjalani kehidupan dalam keadaan serba-serbi mahal.
“Kerajaan boleh turun padang sendiri melihat kami yang ‘kais pagi, makan pagi’ dan tidak ada pilihan serta tetap akan menoreh getah walaupun harga murah kerana ini sahaja punca pendapatan kami,” katanya.
Harga getah sekerap naik, pekebun anggap bonus menjelang Aidilfitri - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Harga getah sekerap naik, pekebun anggap bonus menjelang Aidilfitri


ADVERTISEMENT