mattzzx Publish time 20-3-2024 10:42 AM

Sammo Hung geram dengan netizen, Jackie Chan kena kutuk nampak macam ‘atuk’

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F03%2F19%2F2599826.png
Hung persoalkan netizen yang perlekehkan penampilan terkini Jackie.

SEJAK beberapa hari lalu nama Jackie Chan menjadi bualan selepas ramai terkejut dengan penampilannya yang dilihat sudah dimamah usia dan tak bermaya.

Komen itu membuatkan rakannya yang juga pelakon aksi Sammo Hung, 72, tampil mempertahankan Jackie yang berpendapat kritikan terhadap aktor tersohor itu sebagai biadab.

Hung sebaliknya memberitahu setiap manusia tidak akan selama-lamanya kekal muda dan proses penuaan adalah perkara biasa.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/19/2599825.png

Antara lakonan Hung dan Jackie pada suatu ketika dahulu.

Apa paling penting kata Hung, kesihatan paling utama dan bukannya mengenai penampilan seseorang yang sudah berusia.

"Siapa yang tidak akan tua? Apa yang penting adalah kekal sihat apabila usia sudah lanjut.

"Kenapa netizen bercakap buruk tentang Jackie? Mereka bercakap seolah-olah tidak akan tua!," katanya.


Foto Jackie, 70, yang dilihat seperti 'atuk' tersebar di media sosial ketika dia menghadiri sebuah acara di Sichuan, China.

Selain wajahnya kelihatan tua, rambut Jackie juga dilihat semakin nipis dan beruban.

Jackie dilaporkan bakal tampil dalam filem Karate Kid 4 tidak lama lagi.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/03/20/sammo-hung-geram-dengan-netizen-jackie-chan-kena-kutuk-nampak-macam-atuk

prettyuglybabe Publish time 20-3-2024 11:29 AM

walaupun makin berusia, muka dorang tak berubah pun..
yang mengutuk tu, entah umur baru 30 40 tapi rambut dah beruban..

shida81 Publish time 21-3-2024 01:39 PM

70 dah umur dia... Cepat betul masa.. Ms kecik2 sllu tersadai depan TV ngn family tgk dorang... Ak pun da tua

Yoonggi Publish time 21-3-2024 01:44 PM

rupa dia sama je, cuma beruban la. apa la nk kutuk, dah mmg umur dia pun dah tua but he aged gracefully

hyie Publish time 22-3-2024 11:53 AM

dia pun dah 70, warga emas. Apa netizen fikir seorang artis akan awet muda selamanya kah? :lol:

zuuu Publish time 23-3-2024 01:32 AM

At least zaman muda dia dulu handsome,daripada dia gigig nk nampak muda cucuk sana sini insert ntah apa benda last2 terus jadi alien:lol: dh banyak contohnya bukan takat di luar dalam negara sndri pon banyak...macam ni ok what aging gracefullygitu

marchikobonzo Publish time 25-3-2024 01:56 PM

Kalau nampak dia tua, maknanya kita pun makin tua..sapooo yang fefeeling dah minum fountain of youth tu?
Pages: [1]
View full version: Sammo Hung geram dengan netizen, Jackie Chan kena kutuk nampak macam ‘atuk’


ADVERTISEMENT