mattzzx Publish time 20-3-2024 10:15 AM

City lawan empat kelab di AS

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/city_1710890859.jpg
CITY kembali ke AS untuk jelajah pra musim pada Julai depan. FOTO mancity.com

London: Manchester City akan menentang Celtic, AC Milan, Barcelona dan Chelsea dalam siri jelajah pra musim di Amerika Syarikat (AS) pada Julai, menurut kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu semalam.

City yang kini menduduki tangga ketiga dalam carta EPL dan dalam misi mengulangi kejayaan treble bakal memulakan persiapan kempen musim baharu dengan menentang kelab Perdana Scotland, Celtic pada 23 Julai sebelum berdepan kelab Serie A, Milan di Stadium Yankee empat hari kemudian.

Mereka kemudiannya berkunjung ke Florida untuk berentap dengan bekas kelab pengurus Pep Guardiola, Barcelona pada 30 Julai dan menamatkan siri jelajah dengan menentang Chelsea pada 3 Ogos.

Selepas menjelajah Asia musim lalu, City kembali ke AS selepas berkunjung ke negara itu pada 2022.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1071922/city-lawan-empat-kelab-di
Pages: [1]
View full version: City lawan empat kelab di AS


ADVERTISEMENT