mattzzx Publish time 20-3-2024 10:14 AM

Pemain Itali ketagih PlayStation punca tak cukup tidur

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ita_1710894047.jpg
PEMAIN Itali bergembira selepas berjaya layak ke Euro pada November lalu. FOTO Agensi

Rom: Pengurus Itali Luciano Spalletti melepaskan geram dengan mendedahkan sikap buruk pemainnya yang ketagih playstation sehingga menjejaskan prestasi di atas padang.

Bekas pengurus Napoli itu ketika sidang media semalam menjelang aksi persahabatan menentang Venezuela dan Ecuador menegaskan dia mahu pemainnya berhenti segera bermain permainan video itu sehingga lewat malam.

Pengendali berusia 65 tahun itu kecewa dengan tabiat buruk sesetengah pemainnya yang dianggap memberikan kesan kepada prestasi mereka di atas padang sebelum ini.

Spaletti mendedahkan kekurangan tidur antara punca skuadnya hanya mampu seri 0-0 dengan Ukraine pada November ketika mereka layak ke Euro pada hari terakhir kelayakan.



"Adakah anda fikir betul pemain profesional yang memakai jersi Itali lewat tidur malam hanya bermain playstation dan keesokannya gagal memberikan aksi terbaik.

"Tahap pemain bola sepak boleh dilihat dalam tempoh 22 jam di atas padang. Ada pemain kurang tidur di Ukraine dan ia tidak sesuai dengan saya. Ketagihan permainan video tidak bagus. Karier anda tidak sepatutnya diganggu.

"Sesiapa mahu buang masa jangan datang ke skuad kebangsaan, tiada kontrak mengikat kami dengan mereka," katanya lagi.

Itali berharap dapat mempertahankan gelaran Eropah selepas mereka menewaskan England menerusi penentuan penalti pada 2021.

Tetapi tiada kelibat playstation bersama skuad 23 pemain ke Jerman selepas Spaletti mengharamkan permainan itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1071932/pemain-itali-ketagih-playstation-punca-tak-cukup-tidur
Pages: [1]
View full version: Pemain Itali ketagih PlayStation punca tak cukup tidur


ADVERTISEMENT