mattzzx Publish time 20-3-2024 10:13 AM

Dua kematian jejas Rashford

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/rs_1710897610.jpg
RASHFORD bantu United mara ke separuh akhir Piala FA.

London: Ibu Marcus Rashford Melanie Maynard mendedahkan emosi penyerang Manchester United itu terganggu dengan kematian dua orang yang rapat dengannya.

Rashford dikritik susulan prestasi hambarnya musim ini dengan United kini di tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain antarabangsa England itu menjaringkan lapan gol dalam semua kejohanan dan jumlah itu jauh lebih rendah berbanding 30 gol musim lalu.

Dalam kolum terbarunya di The Times, Maynard menjelaskan kesedihan dialami Rashford sehingga menjejaskan emosinya tahun lalu.



Rakan rapat keluarga mereka Garfield Hayward meninggal dunia pada 2022 diikuti sepupu Rashford, Nathan pada November 2023.

Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam kemajuan karier pemain berusia 26 tahun dan kematian mereka memberikan kesan besar dalam kehidupan Rashford.

Menurutnya: "Marcus kehilangan orang kedua sangat penting dalam hidupnya iaitu Nathan pada November selepas kenalan rapat kami Garf meninggal dunia setahun lebih awal. Dia mengambil masa lama untuk menerima hakikat apa yang berlaku.

"Marcus juga manusia, ada turun dan naik seperti orang lain. Jika dia berada dalam situasi terbaik, dia tidak akan kecewakan sesiapa.

"Tetapi anda perlu sentiasa awasi orang sekeliling anda yang kadang-kadang seperti serigala yang menyamar di sebalik bulu kambing."

Rashford menujukan dua jaringannya kepada Hayward ketika England menewaskan Wales 3-0 pada Piala Dunia 2022 dan kemudiannya buat Nathan selepas menjaringkan penalti ketika menang 2-0 ke atas Everton.

Rashford baru-baru ini membidas pengkritiknya dalam siaran di Player's Tribune dan sejak itu dia menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan.

Dia menjaringkan gol penyamaan ketika kemenangan 4-3 ke atas Liverpool dalam aksi suku akhir Piala FA Ahad lalu sekali gus membantu kemaraan United dan meranapkan impian empat piala Jurgen Klopp.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1071938/dua-kematian-jejas-rashford
Pages: [1]
View full version: Dua kematian jejas Rashford


ADVERTISEMENT