Vellfire Publish time 19-3-2024 08:53 PM

Berang ditegur jangan gaduh dengan isteri, lelaki tumbuk ibu dipenjara lima bulan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240319/mahkamahkuchin2.jpeg

KUCHING: Seorang penganggur lelaki dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah menumbuk ibunya, gara-gara berang apabila ditegur supaya tidak bergaduh dengan isteri.
Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintahkan hukuman penjara bagi tertuduh, Muhammad Arman Bohari, 23, untuk dikuatkuasakan mulai hari ini.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan ibu kandungnya yang berusia 46 tahun dalam satu kejadian pada 14 Mac 2024, sekitar jam 6.30 petang di sebuah rumah di Kampung Pulo Ulu, Petra Jaya di sini.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Fakta kes mendedahkan tertuduh naik angin apabila mangsa menegurnya supaya tidak bergaduh dengan isteri.
Tertuduh pada waktu itu seterusnya bertindak menumbuk mangsa menggunakan tangan, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kanan muka.
Semasa kejadian itu juga, tertuduh membaling sebilah pisau pemotong sayur ke arah mangsa, namun ia berjaya dielak oleh mangsa.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan ini membawa kepada penangkapan tertuduh pada 15 Mac 2024.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Ammarsoffi Yusoff sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/19/berang-ditegur-jangan-gaduh-dengan-isteri-lelaki-tumbuk-ibu-dipenjara-lima-bulan
Pages: [1]
View full version: Berang ditegur jangan gaduh dengan isteri, lelaki tumbuk ibu dipenjara lima bulan


ADVERTISEMENT