Vellfire Publish time 19-3-2024 08:52 PM

Cederakan rakan sekerja dengan parang, lelaki dipenjara enam bulan dan denda RM10,000

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240319/mahkamahsibu.jpeg

SIBU: Mahkamah Majistret di Song mengenakan hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 atau penjara satu tahun terhadap seorang lelaki yang mendatangkan kecederaan terhadap rakan sekerjanya dengan bersenjatakan parang.
Lingam Igoh, 36, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas rakan sekerjanya dengan senjata berbahaya iaitu parang pada 19 Februari 2024, kira-kira jam 4 petang di Stesen Nanga Beloh, Ulu Katibas, Song.
Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau mena-mana dua hukuman terbabit, jika sabit kesalahan.
Fakta kes menyatakan pada hari kejadian, semasa pengadu sedang rehat bersama rakan sekerjanya, dia telah didatangi oleh seorang lelaki iaitu tertuduh yang membawa sebilah parang dan hendak menetaknya.
Bagaimanapun, libasan parang tersebut telah dihalang oleh seorang rakan pengadu menyebabkan kecederaan di bahagian kiri kepala dan jari tangan kanan mangsa.
Pengadu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Song yang membawa kepada pengangkapan tertuduh.
Siasatan yang dijalankan mendapati punca kejadian disebabkan tertuduh tidak puas hati dengan pembahagian tugas di Stesen Nanga Beloh, Ulu Katibas, Song.
Kejadian turut disaksikan oleh rakan sekerja tertuduh sendiri iaitu pengadu, mangsa serta dua pekerja lain.   

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/19/cederakan-rakan-sekerja-dengan-parang-lelaki-dipenjara-enam-bulan-dan-denda-rm10000
Pages: [1]
View full version: Cederakan rakan sekerja dengan parang, lelaki dipenjara enam bulan dan denda RM10,000


ADVERTISEMENT