Vellfire Publish time 19-3-2024 08:46 PM

TYT, isteri bertarawih bersama 300 jemputan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240319/kch-ub190324-hl-wan-p1.jpg

Wan Junaidi (dua kanan) menyantuni tetamu yang hadir ke Majlis Bersungkei Bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Astana Negeri malam tadi. - Gambar Penerangan
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jafaar serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi bertarawih bersama kira-kira 300 jemputan di Majlis Bersungkei Bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Astana Negeri di sini, malam tadi.
Menurut kenyataan akhbar, jemputan terdiri daripada penduduk tempatan, ketua kaum dan ketua masyarakat di sekitar Kuching, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ketua-ketua jabatan serta penjawat awam persekutuan dan Sarawak.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki.
Terdahulu, Wan Junaidi meluangkan masa berbuka puasa serta menyantuni jemputan yang hadir.
Beliau turut menyertai jemputan menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/19/tyt-isteri-bertarawih-bersama-300-jemputan
Pages: [1]
View full version: TYT, isteri bertarawih bersama 300 jemputan


ADVERTISEMENT