Vellfire Publish time 19-3-2024 08:44 PM

Sebuah klinik baharu bakal dibina di Julau

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240319/srk-ub190324-ks-larry-p1a.jpg

LARRY
JULAU: Sebuah klinik baharu (Jenis 4) bakal dibina di Julau, kata Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng.
Katanya, pembinaan klinik kesihatan ini adalah untuk menampung keperluan penduduk di kawasan ini yang kian bertambah.
Larry berkata, pada masa kini Klinik Kesihatan Julau berhadapan dengan masalah kesesakan dan mempunyai kekurangan dari aspek kelengkapan perubatan.
"Justeru, pembinaan klinik kesihatan baharu ini diharap dapat menyelesaikan isu-isu terbabit serta memberi perkhidmatan kesihatan lengkap kepada penduduk di kawasan itu.
"Perkara berkaitan dengan pembinaan klinik kesihatan baharu ini dijawab oleh Kementerian Kesihatan di Dewan Rakyat hari ini (semalam)," katanya kepada media di sini hari ini.
Menurutnya, pembinaan klinik tersebut masuk fasa reka bentuk menempatkan Perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar, Perkhidmatan Ibu dan Anak, Kecemasan, Makmal, Pengimejan dan Pergigian.
Pada masa sama, pembinaan klinik tersebut dijangka dimulakan di tapak pada suku pertama tahun 2025 dengan tempoh penyiapan selama tiga tahun.
"Selain itu, lapan unit kuarters Kelas G dan pembinaan Pejabat Kesihatan Daerah Julau baharu turut dimaklumkan telah diluluskan.
"Kita berharap proses pembinaan ini dapat berjalan lancar kerana kemudahan dan perkhidmatan ini amat dinanti-nantikan masyarakat di Parlimen Julau," jelasnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/19/sebuah-klinik-baharu-bakal-dibina-di-julau
Pages: [1]
View full version: Sebuah klinik baharu bakal dibina di Julau


ADVERTISEMENT