Vellfire Publish time 19-3-2024 08:42 PM

RM160 juta naik taraf, bina sekolah daif

Peruntukan di bawah NRDA itu adalah untuk menaik taraf dan membina baharu sekolah-sekolah daif di Limbang

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240319/lbg-ub190324-dm-sekolahdaif-p1.jpg

Awang Tengah berbincang dengan kontraktor ketika melawat bangunan SK Trusan, Lawas hari ini.
“Justeru, melalui NRDA kita memperuntukan sejumlah RM160 juta untuk seluruh bahagian Limbang dan sebelum melaksanakannya kitapun berkumpul dengan pegawai pendidikan, pengetua-pengetua sekolah untuk mengadakan makmal dan mereka menyenaraikan projek-projek keutamaan.”
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Timbalan Premier Sarawak
Oleh Mastura Ismail
LAWAS: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM160 juta di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) untuk menaik taraf dan membina baharu sekolah-sekolah daif di bahagian Limbang.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kerajaan negeri memandang serius isu sekolah daif dihadapi pelajar dan guru di Sarawak.
Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan itu berkata kerajaan negeri amat prihatin terhadap sistem pendidikan di Sarawak dengan menyediakan peruntukan besar bagi tujuan tersebut.
“Justeru, melalui NRDA kita memperuntukan sejumlah RM160 juta untuk seluruh bahagian Limbang dan sebelum melaksanakannya kitapun berkumpul dengan pegawai pendidikan, pengetua-pengetua sekolah untuk mengadakan makmal dan mereka menyenaraikan projek-projek keutamaan.
“Mana mampu kita buat, itu kita berunding merujuk perkara itu kepada Jabatan Pendidikan yang mana harus diberi keutamaan,” katanya ketika ditemui pada lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan (SK) Trusan dan SK Lintang Lawas hari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri ingin mewujudkan keselesaan, keselamatan dan menyediakan tenaga pengajar dan anggota kakitangan dengan menyediakan persekitaran kondusif untuk anak-anak tempatan belajar.
Katanya, terdapat sekolah-sekolah agak daif dan perlu dinaik taraf kerajaan negeri meskipun kuasa bidang pendidikan terletak sepenuhnya di bawah kerajaan persekutuan.
Mengulas mengenai SK Trusan Lawas, katanya kerajaan negeri memberi keutamaaan menaik taraf dan membina semula kemudahan dan bangunan sekolah daif termasuk bangunan bertiang bagi mengelak dilanda banjir.
"Bagi SK Lintang Trusan, bangunan asrama kini sudah dibina untuk menmpatkan murid-murid lelaki dan perempuan yang ketika ini menunggu pemasangan bekalan elektrik dan air," jelasnya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/19/rm160-juta-naik-taraf-bina-sekolah-daif
Pages: [1]
View full version: RM160 juta naik taraf, bina sekolah daif


ADVERTISEMENT