Vellfire Publish time 19-3-2024 08:35 PM

Bazar Ramadan di Sarikei berada tahap memuaskan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240319/srk-ub190324-ks-kesihatan-p1.jpg

Pegawai Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei mengambil beberapa produk makanan dijual di bazar Ramadan untuk dianalisis.
SARIKEI: Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei Dr Johny Kelak memaklumkan sehingga kini tahap pematuhan kebersihan di bazar Ramadan di sini berada pada tahap memuaskan.
Katanya, ia adalah hasil pemantauan Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei di bazar Ramadan di sini sejak bazar itu dibuka beberapa hari lalu.
"Namun, kita sentiasa mengingatkan peniaga mematuhi piawaian dan menjadikan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) sebagai garis panduan utama berniaga sepanjang bulan Ramadan ini.
"Operasi dan pemantauan berterusan kita lakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan makanan dan minuman dijual di tapak bazar itu sentiasa bersih dan terjamin," katanya.
Menurutnya, langkah dilakukan pegawai kesihatan bagi memastikan makanan di bazar itu tidak berisiko menyebabkan keracunan makanan.
Terdahulu, beberapa kakitangan dan pegawai Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei serta beberapa agensi seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Majlis Daerah Sarikei (MDS) melakukan pemeriksaan dan pemantauan bersama di bazar Ramadan sekitar Sarikei.
Dr Johny berkata, operasi itu bagi memastikan peniaga bazar Ramadan mengamalkan kebersihan dan keselamatan makanan dengan berpandukan kepada keperluan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) di samping menyediakan makanan berkualiti kepada pelanggan.
"Selain itu, kami turut mengedarkan risalah mengingatkan peniaga agar sentiasa menjaga kebersihan dan memastikan produk makanan dan minuman dijual berada dalam keadaan baik," katanya.
Mereka yang mempunyai aduan boleh membuat laporan melalui platform Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) https://pcb.spab.gov.my/ atau https://talikhidmat.sarawak.gov.my/ dan menghubungi Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei di talian 084-651086.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/19/bazar-ramadan-di-sarikei-berada-tahap-memuaskan
Pages: [1]
View full version: Bazar Ramadan di Sarikei berada tahap memuaskan


ADVERTISEMENT