Vellfire Publish time 19-3-2024 08:31 PM

PETRONAS diminta perbanyak biasiswa pendidikan untuk pelajar Sarawak

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240319/lbg-ub-190324-dm-biasiswapetronas.jpg

Hasbi (enam kiri) menyaksikan penyerahan bantuan PETRONAS kepada golongan asnaf.
LIMBANG: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang merupakan syarikat minyak dan gas multinasional di negara ini diminta agar memperbanyakkan lagi biasiswa pendidikan untuk pelajar Sarawak terutama anak-anak tempatan di bahagian Limbang.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata ramai anak-anak Limbang dan Lawas yang merupakan pelajar di institut pengajian tinggi awam dan swasta memerlukan biasiswa pendidikan itu.
Katanya biasiswa itu penting dalam membantu anak-anak Sarawak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, melahirkanmodal insan di semua peringkat sekali gus melahirkan bakat yang mampan dan berterusan bagi Petronas, industri, dan juga negara.
“Saya minta kalau boleh PETRONASmemberi peluanglah kepada anak-anak tempatan di Limbang dan Lawas untuk pemberian biasiswa PETRONASselain sumbangan kepada golongan asnaf.
“Saya tahu PETRONAS banyak memberikan biasiswa dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Anjuran PETRONAS di Masjid Baitul Iman Daerah Limbang baru-baru ini.
Ahli Parlimen Limbang itu berkata lagi ramai anak-anak di Limbang dan Lawas yang mempunyai kemahiran teknikal dan vokasional daripada Giat Mara dan institusi pendidikan teknikal yang ada di bahagian ini dan Sarawak.
Tambahnya mereka juga perlu diberi peluang untuk bekerja dalam sektor minyak dan gas di syarikat Petronas itu sendiri.
Hasbi juga optimisPETRONASadalah syarikat yang terbaik untuk anak-anak tempatan menimba pengalaman bekerja danmeneruskan pendidikan dan matlamat kerjaya.
Katanya lagi sumbangan PETRONAS kepada 30 orang golongan asnaf pada program itu mampu meringankan beban mereka menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Program itu katanya menunjukkankomitmen berterusan PETRONAS untuk membantu dalam menyediakan keperluan asas kepada golongan kurang berkemampuan.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/19/petronas-diminta-perbanyak-biasiswa-pendidikan-untuk-pelajar-sarawak
Pages: [1]
View full version: PETRONAS diminta perbanyak biasiswa pendidikan untuk pelajar Sarawak


ADVERTISEMENT