Vellfire Publish time 19-3-2024 08:10 PM

Dua rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240319/twu-ub19032024-hs-firep1.jpg

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam supaya api tidak merebak.
SANDAKAN: Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Tinusa 2, di sini pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11 pagi.
Katanya, seramai 14 anggota dan pegawai bersama empat jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.
“Sebaik tiba, dua buah rumah jenis tidak kekal sudah musnah terbakar dan operasi pemadaman terus dijalankan supaya api tidak merebak.
“Sebuah kereta pacuan empat roda yang parkir berhampiran rumah berkenaan turut terbakar sebanyak 20 peratus dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Menurutnya, pasukan bomba menggunakan dua pancutan daripada sumber air jentera dan pili bomba dalam operasi berkenaan.
“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.35 petang.
“Setakat ini, pasukan bomba tidak menerima sebarang laporan mengenai kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini,” katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/19/dua-rumah-musnah-dalam-kebakaran-di-sandakan
Pages: [1]
View full version: Dua rumah musnah dalam kebakaran di Sandakan


ADVERTISEMENT