Vellfire Publish time 19-3-2024 08:09 PM

Pelihara semangat perpaduan, jaga sensitiviti agama

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240319/sensitiviti1w.jpg

NIZAM
KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengajak rakyat supaya menjaga sensitiviti agama dengan mengamalkan sikap hormat-menghormati dan semangat toleransi demi menjaga keharmonian.
Mengulas lanjut Nizam berkata, toleransi rakyat di negeri ini perlu dipelihara sebaiknya agar menjadi contoh kepada negeri lain di negara ini.
Beliau kesal ada individu yang tidak bertanggungjawab cuba menggugat keharmonian kaum dengan melakukan penghinaan terhadap agama Islam sejak beberapa hari lepas dan tindakan itu katanya tidak boleh dikompromi.
Akibat perbuatan itu, Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, penghinaan terhadap agama yang dilakukan oleh individu itu telah menjejaskan keharmonian kaum serta agama di Sabah dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
"Sejak beberapa hari lepas, kita melihat ada individu yang tidak bertanggungjawab cuba menggugat keharmonian kaum dengan melakukan penghinaan terhadap agama Islam. Sudah tentu kita tidak boleh berkompromi dengan tindakan yang mampu menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negeri kita.
"Rakyat Sabah haruslah sentiasa memiliki sifat hormat-menghormatidan memelihara toleransiyang telah terjalin sejak sekian lama. Toleransi dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama telah menjadi contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia, " katanya.
Justeru Nizam menyeru kepada rakyat di negeri ini supaya tidak melakukan apa-apa bentuk penghinaan terhadap mana-mana agama atau kepercayaan kerana tindakan itu menyalahi undang-undang.
"Menyentuh isu-isu berkaitan 3R (Agama, Bangsa, Institusi Diraja), bukan sahaja akan mencemarkan prinsip perpaduan, ia juga akan menyebabkan pelaku berhadapan dengan tindakan undang-undang.
"Seruan ini selaras dengan amaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan pihak yang mahu menyemai bibit perpecahan dan mencabar Perlembagaan, tidak lagi boleh dibiarkan.
"Apa yang penting, umat Islam tidak melakukan apa-apa tindakan di luar lunas undang-undang dalam menangani hal ini. Kita serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan saya difahamkan individu berkenaan telah berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.
"Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk meneruskan siasatan, dan berharap perkara seperti ini tidak akan berulang, " katanya.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/19/pelihara-semangat-perpaduan-jaga-sensitiviti-agama-nizam
Pages: [1]
View full version: Pelihara semangat perpaduan, jaga sensitiviti agama


ADVERTISEMENT