Vellfire Publish time 19-3-2024 08:05 PM

Keluarga Tawik Mansai adakan ziarah terhadap Shukor

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240319/ziarah1w.jpg

SAMPAIKAN: Yazid dan Doris serta rombongan menziarahi Shukor sambil menyampaikan sumbangan kewangan kepada beliau di kediamannya sempena ziarah itu.
KENINGAU: Rombongan keluarga Tawik Mansai yang disertai tujuh orang yang diketuai Yazid Mohd Hasnan Tawik telah mengadakan ziarah terhadap Shukor Insul di Kampung Antolob Bingkor, baru-baru ini.
Ziarah itu turut disertai isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datin Doris Jopirit ke kediaman Shukor, dekat sini.
Sempena ziarah itu, Keluarga Tawik telah menyerahkan sumbangan kewangan yang disampaikan Yazid kepada Shukor yang dijangka akan mendapatkan rawatan di Hospital Queen II, pada bulan Mac ini.
Yazid berharap sumbangan kewangan yang disampaikan itu dapat meringankan perbelanjaan Shukor sepanjang menerima rawatan di Hospital Queen II, sambil mendoakan agar proses rawatannya dipermudahkan dan beliau dapat segera cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/03/19/keluarga-tawik-mansai-adakan-ziarah-terhadap-shukor
Pages: [1]
View full version: Keluarga Tawik Mansai adakan ziarah terhadap Shukor


ADVERTISEMENT