sfhzuraz Publish time 19-3-2024 07:46 PM

Lelaki maut dilanggar ketika cuba samun

Lelaki maut dilanggar ketika cuba samun

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

19 Mac 2024 06:30pm







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/03/19/2581950.jpg
Seorang lelaki maut selepas cuba menyamun dalam kejadian di hadapan Farmasi Kuala Kedah pada Selasa.



KUALA KEDAH - Cubaan tiga lelaki menyamun sebuah kenderaan membawa padah apabila seorang daripada mereka meninggal dunia akibat dilanggar pemandu kereta terbabit dalam kejadian di hadapan Farmasi Kuala Kedah, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki itu sedang menaiki keretanya semasa cuba disamun tiga lelaki yang menaiki dua motosikal kira-kira jam 6.39 pagi.


Beliau berkata, salah seorang suspek telah memukul cermin kereta pengadu di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah.
"Akibat ketakutan, pengadu terus memecut keretanya dan semasa cuba melepaskan diri, pengadu telah melanggar salah sebuah motosikal suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan.


"Suspek berusia 29 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakan suspek telah melarikan diri," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Beliau memaklumkan, usaha untuk mengesan saksi dan suspek yang berjaya melarikan diri sedang giat dijalankan untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Tambah Ahmad Shukri, kes disiasat bawah Sekysen 302 Kanun Keseksaan ke atas pemandu kereta dan Seksyen 393 Kanun Keseksaaan ke atas dua orang suspek yang masih bebas.
Lelaki maut dilanggar ketika cuba samun - Sinar Harian

blue_blur Publish time 19-3-2024 08:05 PM

Tambah Ahmad Shukri, kes disiasat bawah Sekysen 302 Kanun Keseksaan ke atas pemandu kereta dan Seksyen 393 Kanun Keseksaaan ke atas dua orang suspek yang masih bebas.
terus ke 302, walhal 3 vs 1 terang2 selfdefense dalam kelamkabut gelap subuh terlanggar mati..

padahal hanat pembunuh gilis haritu, terus senyap bebas lepas sekarang, terang2 niat membunuh, report esok terus petik Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 ja..... bangsat kan?

Pages: [1]
View full version: Lelaki maut dilanggar ketika cuba samun


ADVERTISEMENT