mattzzx Publish time 19-3-2024 03:46 PM

Air terjun Seri Perigi, Titi Hayun kering kerana cuaca panas

https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1710831304_1710833035.jpg
Keadaan air terjun Seri Perigi berketinggian kira-kira 100 meter kering sepenuhnya akibat kemarau. - NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN

YAN: Cuaca panas dan kemarau susulan fenomena El-Nino mendatangkan kesan kepada kawasan peranginan terutama di sekitar daerah ini dengan air di beberapa pusat rekreasi tumpuan di kawasan kaki Gunung Jerai, di sini, semakin kering.

Tinjauan di air terjun Seri Perigi mendapati pusat peranginan setinggi kira-kira 100 meter itu kering sepenuhnya, manakala di Titi Hayun yang pernah mengorbankan enam mangsa akibat kejadian kepala air pada 18 Ogos 2021 hanya beberapa lopak air sahaja kelihatan dengan aliran yang sangat sedikit dan perlahan.

Penduduk tempatan, Mohd Said Ariffin, 56, berkata dia mula perasan keadaan air di pusat peranginan itu semakin surut sejak hujung Januari lalu dan keadaan semakin kering awal bulan ini.

Keadaan itu menyebabkan kawasan peranginan terbabit hilang seri apabila tiada lagi kedengaran deruan air terjun.


"Memang tahun ini cuaca panas agak luar biasa, namun selalunya tidaklah sampai ke tahap ini... air yang ada pun terasa panas dan saya boleh nampak hanya kawasan tertentu sahaja ada terbentuk lopak air.

"Jika fenomena El-Nino berlarutan lebih lama, pengunjung tidak lagi akan memilih kawasan peranginan di daerah ini untuk mandi manda, sekali gus menjejaskan sektor pelancongan desa di sini," katanya yang tinggal di Kampung Setar.

Seorang pengunjung, Firdaus Mustafa, 26, pula sebelum Ramadan dia sering datang makan kawasan Titi hayun, namun sejak hujung Februari pengunjung semakin berkurangan kerana air semakin kering dan banyak gerai tutup apabila tiada pelanggan.

Firdaus yang bekerja sebagai pemandu lori air berkata, dia dan rakan akan berhenti untuk mandi di situ pada waktu rehat, namun sekarang sudah tak boleh kerana air kering.

"Di bulan Ramadan ini saya hanya singgah untuk melelapkan mata seketika di bawah pokok sebelum menyambung tugas menghantar ais kepada pelanggan," katanya.

Pada 2 Februari lalu, media melaporkan kawasan tadahan air di Gunung Jerai mengalami penyusutan kesan cuaca panas berpanjangan.

Kesan fenomena El-Nino menyebabkan kapasiti pengeluaran air bersih di beberapa loji rawatan air (LRA) separa proses yang bergantung kepada air bukit terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Sumber Air serta Alam Sekitar Kedah, Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria, berkata selain menghantar bekalan air bersih dengan lori kepada pengguna, pihaknya bersama Syarikat Air Darul Aman (SADA) juga menganjurkan solat sunat Istisqa' bagi memohon hujan ketika kemarau.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1225463/air-terjun-seri-perigi-titi-hayun-kering-kerana-cuaca-panas

fanaz82 Publish time 19-3-2024 04:31 PM

bulan lepas aku balik kedah. konon-konon nak pergi piknik kat titi hayun dengan family. dah la dari rumah aku ke yan tu dekat sejam lebih. sampai sana, air terjun kering kontang. kat situ area situ ada 4 air terjun, semua kering. last-last balik, mandi kat bendang man{:decideo
Pages: [1]
View full version: Air terjun Seri Perigi, Titi Hayun kering kerana cuaca panas


ADVERTISEMENT