mattzzx Publish time 19-3-2024 03:36 PM

'Saya tak sedih dan boleh gelak lagi kerana anggap ini ujian Allah'

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/DSDSDSASASASASASASASASAS_1710832135.jpg
KEADAAN gerai burger milik Firdaus Osman selepas dibadai ribut. FOTO Ihsan Firdaus Osman

Bayan Lepas: "Saya tak sedih malah boleh tersenyum dan gelak lagi selepas apa yang berlaku. ini kerana saya percaya, Allah uji sebab nak bagi rezeki lain di kemudian hari nanti."

Demikian reaksi Firdaus Osman, 40, ketika menceritakan kisah tiga gerai burger di Lilitan Sungai Ara, di sini, yang teruk dibadai ribut.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Firdaus memuat naik video di TikTok yang sehingga kini meraih 2.3 juta tontonan.

Berkongsi kisah itu, Firdaus berkata, kejadian berlaku pada 8 Mac lalu iaitu empat hari sebelum menyambut Ramadan.



"Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam dan waktu itu, ada pekerja cuma saya datang lambat dalam lima minit.

"Waktu kejadian, pekerja tengah goreng ayam 'crispy' sebelum gerai saya dibadai ribut.

"Memang hujan waktu itu, cuma tak sangka angin terlalu kuat sampai ketiga-tiga gerai saya terbalik.

"Salah seorang pekerja saya pun cedera teruk kerana terkena minyak panas dan patah bahu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkannya tidak dapat berniaga pada hari berkenaan kerana sebahagian peralatan rosak.

Firdaus berkata, kerosakan itu menyebabkan dia menanggung kerugian lebih RM2,000 namun apa lebih merisaukannya ketika itu adalah keselamatan pekerja terutama yang mengalami kecederaan.

"Selepas kejadian, saya kemas apa yang patut dan pulang. Orang lain mungkin akan tutup (gerai) tapi keesokannya, saya buka semula gerai macam biasa selepas baiki apa yang patut.

"Saya kasihankan pekerja sebenarnya kerana cedera dan perlu ambil cuti," katanya.

Firdaus berkata, dia berkongsi video di TikTok mengenai rakaman selepas kejadian untuk kenangan dan tidak menyangka mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk andaian salah.

"Ada yang kata video itu cara saya buat 'marketing' (pemasaran) untuk kenalkan produk dan perniagaan.

"Tapi logiknya tak mungkin saya nak robohkan gerai sendiri.

"Kalau saya orang senang tak apa tapi tidak malah itulah gerai saya cari rezeki cuma seorang dua saja komen begitu kerana lagi ramai yang mendoakan," katanya yang kini dalam usaha mendapatkan tapak niaga baru daripada wakil rakyat.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1071707/saya-tak-sedih-dan-boleh-gelak-lagi-kerana-anggap-ini-ujian-allah
Pages: [1]
View full version: 'Saya tak sedih dan boleh gelak lagi kerana anggap ini ujian Allah'


ADVERTISEMENT