mattzzx Publish time 19-3-2024 03:18 PM

LTdL 2024 lebih mencabar

https://assets.bharian.com.my/images/articles/EMIR_ABDUL_JALAL_1710832317.jpg
Ketua Pegawai Operasi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, Emir Abdul Jalal bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran dan Pengumuman Laluan Petronas Le Tour de Langkawi di Majlis Sukan Negara (MSN).

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Operasi Le Tour de Langkawi (LTdL), Emir Abdul Jalil percaya perlumbaan tahun ini menjanjikan sesuatu yang berbeza berbanding edisi sebelum ini.

Beliau, berkata pihak penganjur iaitu Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil maklum balas daripada pasukan yang menyertai perlumbaan LTdL musim lalu yang inginkan saingan yang lebih mencabar.

Katanya, sebab itu perlumbaan tahun ini menawarkan menawarkan dua pendakian berturut-turut yang berstatus Hors Class iaitu pada peringkat ketiga dari Taiping ke Cameron Highlands dan peringkat keempat, Batang Kali ke Genting Highlands.

"Tahun lalu ada tiga pasukan memberi komen, Euskaltel–Euskadi yang membawa enam pelumba bukit, EF ada empat pelumba bukit yang mana mereka menamatkan cabaran satu dua di Genting selain pasukan Caja Rural yang turut bawa ramai pelumba bukit.



"Walaupun kita tawarkan laluan banjaran Titiwangsa tapi mereka kata belum cukup 'kaw', mereka mahukan lebih lagi. Kita dengar maklum balas itu dan tahun ini kita tampil dengan dua pendakian berturut-turut yang menjadikan cabaran utama," katanya.

Menurut Emir, perlumbaan kali ini juga menarik apabila Langkawi disenarai dalam laluan selain menawarkan laluan baharu di Sarawak, membabitkan Miri dan Bintulu.

Pada edisi kali ini sebanyak tiga pasukan berbasikal negara bakal akan mengambil bahagian membabitkan Pasukan Berbasikal Lebuhraya Kebangsaan, Terengganu Cycling Team (TSG) dan Malaysia Professional Cycling (MPC).

Pasukan dan pelumba dari Kazakhstan, Amerika Syarikat, Itali, Sepanyol, Switzerland, Australia, China, Indonesia dan Jepun turut dijangka turut serta bagaimanapun pengesahan penyertaan adalah pada Ogos ini.

Edisi ke-28 menawarkan lapan peringkat perlumbaan meliputi 1,191.1 kilometer (km) menyelusuri 11 negeri.
https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2024/03/1225454/ltdl-2024-lebih-mencabar
Pages: [1]
View full version: LTdL 2024 lebih mencabar


ADVERTISEMENT