mattzzx Publish time 19-3-2024 02:38 PM

Misi berganda Real Madrid di Manchester

https://assets.bharian.com.my/images/articles/preazafwegfs_1710829497.jpg
Presiden Real Madrid, Florentino Perez dilaporkan berminat menandatangani salah seorang pemain Manchester United. - Foto AGENSI


MADRID: Presiden Real Madrid, Florentino Perez dilaporkan berminat menandatangani salah seorang pemain Manchester United.

Real Madrid bukan destinasi asing bagi bintang-bintang Manchester United, antaranya Cristiano Ronaldo.

Namun kali ini mereka mensasarkan pemain yang menyarung jersi bernombor 17, bukannya tujuh.

Media Sepanyol melaporkan Perez mahu menandatangani pemain sayap United, Alejandro Garnacho dan menggunakan taktik sama seperti ketika mendapatkan Ronaldo.


Pemain berusia 19 tahun itu sudah membuktikan kepentingannya dalam skuad Erik ten Hag dengan meledak tujuh gol dan empat bantuan gol dalam 38 penampilan musim ini.

Perez dikatakan mahu bertemu Garnacho apabila pasukannya bertandang ke Manchester berdepan Manchester City untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah bulan depan.

Garnacho bermain penuh 120 minit ketika United menewaskan Liverpool 4-3 untuk mara ke separuh akhir Piala FA, dan membantu jaringan Amad Diallo dalam masa tambahan.

Dia menyertai United dari Atletico Madrid pada tahun 2020 dan membuat penampilan sulungnya dua tahun kemudian. Sehingga kini, Garnacho sudah mengumpul 74 penampilan pada usia 19 tahun. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1225416/misi-berganda-real-madrid-di-manchester
Pages: [1]
View full version: Misi berganda Real Madrid di Manchester


ADVERTISEMENT