CARI-Author Publish time 19-3-2024 01:20 PM

Tak Dapat Dihubungi, Line Takde Dah Pindah Mongolia!

https://img.freepik.com/premium-photo/portrait-mongolian-woman-mountains-steppes-mongolia-against-background-settlement-ai-generated_287527-2640.jpg?w=1150
Gambar hiasan.

PELAKON Abby Abadi meluahkan rasa pelik apabila bekas suaminya mendakwa tidak mempunyai akses bagi menghubunginya berhubung isu anak mereka.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, juga menyifatkan kenyataan dibuat aktor Norman Hakim sebagai kelakar.

"Tak dapat dihubungi? Buat kelakar ke apa ni?," katanya.

Perkara itu dikongsi Abby melalui satu hantara di Instastory miliknya pada malam Isnin.

Dalam pada itu, Abby turut meninggalkan kata-kata sinis bahawa dia sudah berpindah ke Mongolia dan tiada internet di sana.

"Oh lupa nak beritahu, line tiada, saya dah pindah Mongolia semalam," ujarnya.

Dalam pada itu, Abby turut memuat naik kembali video kes penceraiannya bersama Norman sebelum ini.

Kenyataan itu susulan Norman mendakwa tiada cara menghubungi Abby secara peribadi bagi membincangkan isu melibatkan anak mereka iaitu Marissa Dania Hakim.

Sebelum ini, Norman meminta bekas isterinya itu tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai kontroversi pernikahan anak mereka di Thailand.

Norman berkata dia bimbang sekiranya perkongsian Abby itu kelak hanya akan menimbulkan salah faham dan merumitkan keadaan.

Abby bagaimanapun dilihat kurang senang dengan komen Norman itu dan mengaku kecewa dengan sikap bekas suaminya itu.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa bernikah di Thailand dengan Ahmad Aslam.

Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

Untuk rekod, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.

CARI-Author Publish time 19-3-2024 01:20 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/19/2599528.png

CARI-Author Publish time 19-3-2024 01:57 PM

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/19/2599527.png

Yoonggi Publish time 19-3-2024 02:45 PM

haih, gambar nih. aku ingat citer pasal kt Mongolia. sekali? gossip rupanya. dia panggil bekas wife dia bok? nama manja ka? panggil abby xleh ka?

cmf_premierleag Publish time 19-3-2024 03:05 PM

Mongolia takde internet?? Ko jgn membongak la abby...aku pusing mongolia dr ulanbator smpi ke lake baikal sana ...ada jah internet sbb aku pakai local sim card

vanillaninja Publish time 19-3-2024 03:27 PM

Motif kisah rumahtangga Arbaiyah masuk isu semasa? :curse:

grouper Publish time 19-3-2024 03:30 PM

Isu ape ni..

epullipan Publish time 19-3-2024 03:32 PM

salah rumah ke isu ni? ke isu pasal mongolia takde internet

krustykrab Publish time 19-3-2024 04:32 PM

Udah gaduh lagi pulak diorg ni..
Meresah oii udah le ko sailang laki org, skg ni sbb kan ko apakmak ko pulak gaduh{:8_673:}

gekkou Publish time 19-3-2024 04:59 PM

dah main dah
sembunyi block ignore call ke apa plak drama?
keluar kucar kacir sungguh la

norman mcm x leh contact laki ebi
or pergi rumah ebi
anehhh
sungguh anehh
padahal kemain berdondon2
berbas bercuti bersama

_blackbird Publish time 19-3-2024 05:39 PM

entah siapa yang salahhhhhh... ku tak tahuu...

Barebow77 Publish time 19-3-2024 05:43 PM

Statement memasing sungguh mengundang cercaan forumer di bulan yang mulia ini..

timah03 Publish time 19-3-2024 06:00 PM

gekkou replied at 19-3-2024 04:59 PM
dah main dah
sembunyi block ignore call ke apa plak drama?
keluar kucar kacir sungguh la


Sbb tu la Abby jawab dia dah pindah luar negara... Smpai Oman tak boleh cari dia sangat...
Padahal rumah masing2 satu Taman je kan... Ke satu Bandar... Tak ingat... Boleh je Oman datang rumah dia... Kalau tak dapat call... Mesej...

QueenIsolde Publish time 19-3-2024 06:12 PM

Nampak sgt normiang jenis lepas tangan..padan muka kena londeh ng yebby. Si memek pun skang post2 dia kemain mengundang makian. Tunggu masa si yebby londehkan memek skali.

Pujangga22 Publish time 19-3-2024 06:54 PM

aikk bkn mkn berbuka sama2 ngn Marissa ker aritu or video lama

epal_putih Publish time 19-3-2024 07:13 PM

Xdok wosap group famili ke ?

syamzana Publish time 19-3-2024 07:16 PM

drama ramadan kalini...aliff ruhainies sengih kelegaan sambil mencekik kurma butter

zuuu Publish time 19-3-2024 08:29 PM

Abis terbuka aib semua padahal b4 this netz kemain dok puji2...

katakauu Publish time 19-3-2024 08:53 PM

londeh londeh londehh

Kurex Publish time 19-3-2024 09:10 PM

dah kenapa hal dalam kain bakyah masuk sini
Pages: [1] 2 3
View full version: Tak Dapat Dihubungi, Line Takde Dah Pindah Mongolia!


ADVERTISEMENT