mattzzx Publish time 19-3-2024 01:08 PM

Penyelia kolam renang ditahan minta rasuah sebagai balasan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kolamx_1710822619.jpg
Suspek (berseragam lokap SPRM warna jingga) yang bertugas sebagai Penyelia Kompleks Kolam Renang MBAS di bawa keluar dari perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar diiringi pegawai SPRM bertugas. FOTO AIZAT SHARIF

Kangar: Penyelia direman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan terhadap dakwaan meminta suapan sebagai balasan untuk memperakukan siap kerja penyelenggaraan kompleks kolam renang pada 2022 hingga tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Ahmad Hamdi Mustafar di Kompleks Mahkamah Kangar selepas suspek dibawa kira-kira 9.55 pagi tadi.

Sumber berkata, penahanan suspek berusia 55 tahun itu dilakukan untuk siasatan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima laporan awam.

"Siasatan mendapati suspek dipercayai meminta rasuah RM4,600 setiap bulan antara Oktober 2022 hingga Ogos 2023 daripada pengurus syarikat kontraktor sebagai balasan untuk memperakukan siap kerja bagi kerja penyelenggaraan kolam renang itu.



"Selain itu, wang sogokan berkenaan turut diminta bagi tujuan membekal bahan kimia untuk kompleks kolam renang terbabit," katanya.

Katanya, wang rasuah yang diminta itu kemudian akan dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi suspek.

Semalam, suspek ditahan apabila tampil memberi keterangan di Pejabat SPRM Perlis, di sini, kira-kira 3 petang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis Mohd Nor Adha Ab Gani mengesahkan penahanan suspek terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/03/1071606/penyelia-kolam-renang-ditahan-minta-rasuah-sebagai-balasan
Pages: [1]
View full version: Penyelia kolam renang ditahan minta rasuah sebagai balasan


ADVERTISEMENT