mattzzx Publish time 19-3-2024 11:47 AM

Langgar PSR, Forest dipotong empat mata

https://assets.bharian.com.my/images/articles/foesatw4t_1710817313.jpg
Nottingham Forest tergelincir ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris selepas dipotong empat mata kerana melanggar peraturan kewangan liga. - Foto AFP

LONDON: Nottingham Forest dipotong empat mata kerana melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris, sekali gus terjerumus ke dalam zon penyingkiran.

Liga Perdana Inggeris dalam satu kenyataan berkata, Forest mengakui melanggar peraturan keuntungan dan kelestarian (PSR).

Bagaimanapun Forest berkata, mereka amat kecewa dengan hukuman itu dan tidak dapat menerima hujah Liga Perdana Inggeris.

"Kami percaya kerjasama diberikan kelab yang sangat tinggi sepanjang proses ini, dan ia disahkan serta direkod dalam keputusan suruhanjaya, tidak diambil kira oleh Liga Perdana Inggeris," kata Forest.



Juara Eropah dua kali itu adalah pasukan liga tertinggi Inggeris kedua dipotong mata kerana melanggar peraturan PSR musim ini selepas Everton dipotong 10 mata pada November, dan dikurangkan kepada enam selepas rayuan.

Everton masih menanti sama ada mereka akan dihukum dengan satu lagi pemotongan mata berkaitan dakwaan kedua.

Hukuman ke atas Forest menyaksikan mereka tergelincir ke dalam kelompok tiga tercorot, satu di belakang Luton dan empat di depan Everton. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1225302/langgar-psr-forest-dipotong-empat-mata

Supersirap Publish time 19-3-2024 12:40 PM

Semoga kelab ini mendapat bimbingan yang benar
Pages: [1]
View full version: Langgar PSR, Forest dipotong empat mata


ADVERTISEMENT