mattzzx Publish time 19-3-2024 11:46 AM

Guardiola tumpu "final" menentang Arsenal

https://assets.bharian.com.my/images/articles/peppeagw4_1710819183.jpg
Pengendali Manchester City, Pep Guardiola berkata tumpuannya sekarang ialah pertembungan “final” Liga Perdana Inggeris dengan pendahulu liga, Arsenal, akhir bulan ini. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Manchester City masih berpeluang menjulang dua trofi di Wembley musim ini tetapi pengendalinya, Pep Guardiola berkata tumpuannya sekarang ialah pertembungan "final" Liga Perdana Inggeris dengan pendahulu liga, Arsenal, akhir bulan ini.

City turut berdepan Chelsea pada separuh akhir Piala FA bulan depan, dan Real Madrid di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, yang penentuan kejuaraan akan berlangsung di Wembley musim ini.

Bagaimanapun Guardiola berkata, dia tidak memikirkan perlawanan lain selepas aksi liga seterusnya menentang anak buah Mikel Arteta pada 31 Mac.

"Satu langkah pada satu masa. Kami mempunyai final menentang Arsenal. Saya tidak mahu berfikir terlalu jauh sekarang. Ia tempoh yang sangat padat," kata Guardiola.



Guardiola mengharapkan semua pemainnya kembali daripada rehat perlawanan antarabangsa dalam keadaan cergas untuk aksi menentang Arsenal, yang mendahului liga dengan kelebihan perbezaan jaringan ke atas Liverpool, dengan City satu mata di belakang.

"Saya tidak akan menonton perlawanan antarabangsa. Saya akan berehat dan apabila mereka kembali, saya akan lihat pemain mana terselamat.

"Apabila kami kembali, hanya ada masa tiga hari untuk bersiap menentang Arsenal," katanya. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1225313/guardiola-tumpu-final-menentang-arsenal

Supersirap Publish time 19-3-2024 12:39 PM

Semoga mendapat kemenangan
Pages: [1]
View full version: Guardiola tumpu "final" menentang Arsenal


ADVERTISEMENT