mattzzx Publish time 19-3-2024 11:37 AM

Tinggal nota, surat sebelum terjatuh Jambatan Bukit Kuang

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/WhatsApp-Image-2024-03-19-at-10.40.27-AM.jpeg
Pasukan mencari dan menyelamat sedang mencari lelaki yang dikhuatiri hilang selepas terjun dari Jambatan Bukit Kuang, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang lelaki dikhuatiri hilang setelah bertindak nekad terjun dari Jambatan Bukit Kuang di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 7.22 malam, mangsa yang dipercayai mempunyai masalah keluarga sempat meninggalkan beberapa keping surat dan nota di dalam raga motosikalnya.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, seorang lelaki warga asing yang menyaksikan kejadian tersebut telah melaporkannnya kepada pihak berkuasa.

“Mangsa yang berusia 44 tahun dikatakan terjun dari jambatan setinggi 50 meter sebelum dihanyutkan arus Sungai Chukai di sini.

“Sebuah motosikal jenis Modenas dipercayai milik lelaki berasal dari Johor Bahru tersebut dijumpai ditinggalkan di tepi jambatan tersebut,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, pemeriksaan pada motosikal tersebut menemui nota-nota dan surat-surat milik mangsa.

Jelas beliau, nota-nota dan surat-surat tersebut memberi petunjuk lelaki berkenaan kemungkinan mempunyai masalah keluarga.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan dan gerakan mencari dan menyelamat sedang diteruskan pada jarak dua kilometer radius dari lokasi terakhir mangsa hilang,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03/19/tinggal-nota-surat-sebelum-terjatuh-jambatan-bukit-kuang/

Noraniza_Iblis Publish time 19-3-2024 11:56 AM

ni bukanhasutan setan...
sbb setan dh kene ikat..
tp sbb nafsu laa tu..

Supersirap Publish time 19-3-2024 12:18 PM

Sebanyak mana dan sekusut mana masalah yang dihadapi, janganlah sampai suicide
Pages: [1]
View full version: Tinggal nota, surat sebelum terjatuh Jambatan Bukit Kuang


ADVERTISEMENT