mattzzx Publish time 19-3-2024 11:30 AM

Nimrit Kaur Ahluwalia tolak babak ranjang

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/03/419240696_18241558420217492_3161605834767942448_n-e1710750414951.jpg
NIMRIT KAUR AHLUWALIA

SEPERTI judulnya iaitu Love Sex Aur Dhokha 2, filem yang bakal memulakan penggambaran dalam tempoh terdekat sarat dengan adegan panas.

Perkara tersebut disedari calon bintang utamanya, Nimrit Kaur Ahluwalia yang dilamar menyertai produksi berkenaan.

Selepas meneliti skrip, aktres berusia 29 tahun itu mendedahkan terpaksa menolak tawaran berkenaan.

Katanya, dia tidak berani untuk tampil dalam babak yang disifatkan terlampau intim selain perlu menjaga sensitiviti keluarga.

Difahamkan tempat Nimrit bakal digantikan bintang sensasi Uorfi Javed yang sememangnya kental dengan imej terbuka.

Keberanian pelakon berusia 26 tahun itu dapat dilihat menerusi pemilihan pakaian yang mendedahkan sebahagian besar tubuhnya.

https://www.kosmo.com.my/2024/03/19/nimrit-kaur-ahluwalia-tolak-babak-ranjang/
Pages: [1]
View full version: Nimrit Kaur Ahluwalia tolak babak ranjang


ADVERTISEMENT