mattzzx Publish time 19-3-2024 10:32 AM

Ryu Jun Yeol pulang bercuti seorang diri, Han So Hee pula privasi IG

https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F03%2F18%2F2598095.jpg
Netizen mengecam Jun Yeol dan So Hee selepas mengakui status hubungan mereka.

PELAKON Han So Hee akhirnya memilih untuk meletakkan mod privasi akaun Instagram miliknya selepas membuat pengakuan mengenai hubungan cintanya dengan Ryu Jun Yeol.

Ia dipercayai bagi mengelakkan dirinya daripada terus menerima pelbagai komen negatif daripada netizen berhubung pendedahan itu.

Tidak hanya itu dia juga memadam akaun blog miliknya selepas pengakuan tersebut.

https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/03/18/2598096.jpg

Foto percutian So Hee dan Jun Yeol tersebar.

Sementara itu, Jun Yeol pula dilihat pulang bersendirian dari percutiannya di Hawai yang dikatakan bersana So Hee.

Dia muncul di lapangan terbang dengan mengenakan hoodie dan menutup sebahagian wajahnya.

Dalam pada masa yang sama, foto pasangan berkenaan bercuti di Hawai sedang tular di Internet sekali gus mendapat kecaman netizen.


Sebelum ini, So Hee mengakui kini dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Jun Yeol.

Katanya mereka bertemu dalam sebuah acara pameran fotografi tahun lalu namun mula rapat sebagai kekasih sekitar awal tahun ini.

Pengakuan tersebut juga sekaligus menolak dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga yang menyebabkan hubungan Jun Yeol bersama bekas kekasih iaitu pelakon Hyeri putus.

https://www.mstar.com.my/spotlight/bintang-global/2024/03/19/peminat-tak-restu-ryu-jun-yeol-pulang-bercuti-seorang-diri-han-so-hee-pula-privasi-ig

Yoonggi Publish time 19-3-2024 01:31 PM

hebat mamat ni, aweks lawa. knetz ni pun, sukahati depa la nk bercinta dgn sapa. ni nk kecam2 plak. looks is not everything la. mgkn ada sisi baiknya yg org ramai x tau. haih

manamana123 Publish time 19-3-2024 10:24 PM

da kyung ?

hanihan16 Publish time 24-3-2024 06:53 PM

mamat ni yg buat onar. dalam pada dah bincang & bagi harapan kat hyeri mcm nak get back together, tiba2 ada girlfriend baru. terkejut la hyeri, ingatkan ada harapan nak sambung balik. yg si so hee pulak tak salah pun, bukan dia jd org ketiga.

cumanya jantan ni yg tak communicate bebetul dgn ex gf.
Pages: [1]
View full version: Ryu Jun Yeol pulang bercuti seorang diri, Han So Hee pula privasi IG


ADVERTISEMENT