mattzzx Publish time 19-3-2024 10:25 AM

DBKL serbu bazar warga asing di Selayang

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhsitako5_1710812949.jpg
Sebahagian daripada barang-barang yang dirampas oleh DBKL. - Foto Facebook DBKL



KUALA LUMPUR: Sejumlah 11 peralatan dan barang perniagaan dikendalikan warga asing, disita Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Tindakan Khas Bazar Warga Asing di sekitar Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara (berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur), semalam.

DBKL dalam kenyataannya, berkata dalam operasi itu, Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Parlimen Batu telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan.

"Tindakan diambil mengikut peruntukan Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 serta UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

"Barangan dan peralatan yang disita seperti makanan, sayur campur, buah-buahan, mesin tebu, payung dan lain-lain dihantar ke Setor Sitaan DBKL Taman Miharja, Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi," tanya.


https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhsitako1_1710812952.jpg
- Foto Facebook DBKL

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhsitako4_1710812960.jpg
- Foto Facebook DBKL

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/03/1225252/dbkl-serbu-bazar-warga-asing-di-selayang
Pages: [1]
View full version: DBKL serbu bazar warga asing di Selayang


ADVERTISEMENT