mattzzx Publish time 19-3-2024 10:07 AM

Wartawan dimarahi Klopp tidak ambil hati

https://assets.bharian.com.my/images/articles/klafpoajgp2i4yrg_1710809429.jpg
Pengulas sukan Viaplay, Niels Christian Frederiksen (kanan) menemu bual pengendali Liverpool, Jurgen Klopp selepas kekalahan 4-3 di tangan Manchester United dalam aksi suku akhir Piala FA di Old Trafford. - Foto VIAPLAY

MANCHESTER: Wartawan Denmark yang bertanyakan soalan 'bodoh' kepada Jurgen Klopp, menceritakan apa yang berlaku selepas kamera dimatikan.

Pengulas sukan Viaplay, Niels Christian Frederiksen berpeluang menemu bual pengendali Liverpool, Klopp selepas kekalahan 4-3 di tangan Manchester United dalam aksi suku akhir Piala FA di Old Trafford.

"Biasanya intensiti adalah permainan anda, jadi kenapa begitu sukar dalam masa tambahan?" soal Frederiksen kepada Klopp.

Pengendali dari Jerman itu melabelkan soalan berkenaan sebagai bodoh dan menjelaskan jadual padat pasukannya antara faktor yang mempengaruhi persembahan anak buahnya.


Selepas Frederiksen berkata "Jadi terlalu banyak perlawanan," Klopp terus membidas dengan berkata: "Oh, jadi anda tidak rasa begitu? Jelas sekali anda tidak berada dalam keadaan baik dan saya tiada masa melayan anda."

Selepas kamera dimatikan dan Klopp meninggalkan lokasi berkenaan, Frederiksen menceritakan apa yang berlaku selanjutnya.

    klopp just walked out of his interview with scandinavian tv in a huff pic.twitter.com/4ZwmBfDQPb

    — Richard Williams (@RichALWilliams) March 17, 2024

"Saya sangat terkejut, mereka yang berada di situ juga ketakutan. Ketika berjalan pergi, dia terus menjerit ke arah saya. Saya mengikutinya kerana ia sesuatu yang ganjil.

"Ramai yang bertanya adakah saya tidak apa-apa. Sudah tentu tiada apa-apa. Saya sudah menemu bual Jurgen beberapa kali," kata Frederiksen.

Frederiksen bagaimanapun tidak mengambil hati dengan tindakan Klopp dan akan meneruskan tugasnya seperti biasa jika terpaksa menemu bual pengendali itu. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/03/1225229/wartawan-dimarahi-klopp-tidak-ambil-hati
Pages: [1]
View full version: Wartawan dimarahi Klopp tidak ambil hati


ADVERTISEMENT