mattzzx Publish time 19-3-2024 10:05 AM

Argentina tanpa Messi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-ARGENTINA_MESSI_1710805774.jpg
MESSI alami kecederaan hamstring. FOTO Reuters

Buenos Aires: Lionel Messi tidak dapat membantu Argentina dalam aksi persahabatan di Amerika Syarikat (AS) susulan kecederaan hamstring, menurut Persekutuan Bolasepak Argentina awal pagi tadi.

Bintang Inter Miami itu sepatutnya diturunkan bersama juara dunia itu menentang El Salvador di Philadelphia pada Jumaat ini sebelum berdepan Costa Rica di Los Angeles pada 26 Mac .

Namun kapten Argentina berusia 36 tahun itu masih belum pulih selepas masalah hamstring ketika Miami menang 3-1 ke atas Nashville di Piala Juara-Juara Concacaf minggu lalu.

Messi yang digantikan pada babak kedua dalam perlawanan itu terlepas aksi Miami ketika menewaskan D.C United di Washington pada Sabtu lalu.



"Kapten Argentina, Lionel Messi, tidak dapat bersama skuad untuk aksi persahabatan di AS akibat kecederaan hamstring di kaki kanannya ketika menentang Nashville SC," kata badan bola sepak Argentina itu di laman X.

Jurulatih Miami Gerardo Martino memberi bayangan selepas kemenangan ke atas Washington Sabtu lalu bahawa Messi mungkin terlepas aksi antarabangsa dan pasukan mahu memastikan dia cergas untuk suku akhir Piala Juara-Juara Concacaf bulan depan.

"Jelas okbjektif kami ialah mahu dia dapat beraksi di suku akhir dan kami tak mahu mengambil sebarang risiko," kata Martino.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1071515/argentina-tanpa-messi
Pages: [1]
View full version: Argentina tanpa Messi


ADVERTISEMENT