mattzzx Publish time 19-3-2024 10:03 AM

Penyokong serang pemain, Fenerbahce sedia tarik diri

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/TURKEY-SOCCER__1710811095.jpg
PENYOKONG Trabzonspor ceroboh padang dan menyerang pemain Fenerbahce dan petugas keselamatan. FOTO Reuters

Ankara: Fenerbahce menimbangkan untuk menarik diri daripada liga utama Turkiye selepas beberapa pemainnya diserang penyokong Trabzonspor susulan kemenangan di tempat lawan Ahad lalu, menurut kelab Super Lig itu semalam.

Penyokong Trabzonspor menceroboh padang dan bertempur dengan petugas keselamatan serta pemain Fenerbahce selepas pasukan mereka tewas 2-3 dalam insiden terbaru di liga yang dicemari kontroversi musim ini.

Fenerbahce akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 2 April dan antara agendanya untuk membuat penilaian ke atas tindakan yang diambil "termasuk penarikan pasukan A kami daripada Super Lig," menurut kenyataan kelab itu lagi.

Presiden Fifa Gianni Infantino kesal dengan insiden yang berlaku awal pagi semalam dan berkata keganasan di Super Liga Turkiye tidak boleh diterima.

Fenerbahce kini di tangga kedua dengan 79 mata daripada 30 perlawanan, dua mata di belakang Galatasaray dan 30 mata di depan pasukan di tangga ketiga Trabzonspor.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/03/1071533/penyokong-serang-pemain-fenerbahce-sedia-tarik-diri
Pages: [1]
View full version: Penyokong serang pemain, Fenerbahce sedia tarik diri


ADVERTISEMENT